Arsenal Tiga Mata Penuh, Wenger Selamat Tinggal

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Arsenal tiga mata penuh pada malam ini hasil dari jaringan Danny Welbeck pada minit ke 60 menewaskan Ben Foster dari West Brom. Hanya satu jaringan yang cukup bermakna buat Arsenal untuk tiga mata penuh.

Namun, kemenangan itu masih tidak cukup buat penyokong tegar Arsenal yang mahukan Arsene Wenger mengucapkan selamat tinggal. Mungkin sudah jemu dan tidak dapat lagi bersabar menyebabkan penyokong Arsenal mengangkat sepanduk ‘Arsene, thanks for memories but it’s times to say goodbye’.

Arsenal Tiga Mata Penuh
Arsenal Tiga Mata Penuh

Tidak dinafikan Arsene Wenger adalah pengurus yang cukup hebat tapi mungkin peminat Arsenal mula bosan dengan cara Arsene Wenger. Agak sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan Arsenal semasa zaman Henry, Pires, Ljunberg dan Bergkamp.

Dan mungkin lebih mengecewakan apabila ramai tonggak utama mula meninggalkan pasukan dan pemain baru yang diambil dilihat tidak mempamerkan permainan yang diharapkan oleh peminat.

Tiga mata penuh dalam dua perlawanan dengan Dortmund dan West Brom belum cukup mengubat kemarahan penyokong. Apapun harapnya yang terbaik buat Arsenal selepas ini.

Setakat sekarang Arsenal berada di tangga ke 6 dalam liga.

Pemergian Alexis Sanchez sememangnya adalah sesuatu yang sudah diduga sejak dari awal musim lagi. Malah
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Mesut Ozil yang baru dibeli oleh Arsenal pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar Malam