Tag Archives: tiket wayang free

Update : Giveaway Pertama Daddydee.net

Asalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Telah lama saya berfikir untuk adakan satu giveaway. Dan baru hari ini berpeluang dan ada sedikit idea untuk mengadakan giveaway ini. Harap adalah yang sudi turut serta.

Syarat-Syarat:

  1. Buatkan satu entri review ringkas tentang blog ini (daddydee.net). Saudaraku bebas untuk perkatakan apa saja tentang blog ini. Nak kritik ke, caci ke, puji ke, baling tomato ke, semua boleh. Janji tulisan itu mestilah asli, jujur dan ikhlas.
  2. Letakkan backlink entri ini dalam entri tersebut. Masukkan ayat ini dalam penghujung entri anda ‘Giveaway Pertama daddydee.net tajaan bersama pondokkecil.com. ‘
  3. Like fanpage daddydee.net dan add twitter @daddydeedotnet (Kalau sudi la…Tiada paksaan)
  4. Submitkan entri penyertaan saudara sekalian dalam ruangan komen dibawah. Tarikh tutup : 25 Ogos 2012 jam 12 malam.
  5. Penilaian pemenang akan dibuat berdasarkan review terbaik. Review terbaik adalah review yang terasa berkenan  oleh admin.

 Hadiahnya :

Tempat Pertama x 1 : 2 Pas Wayang GSC (Expire: 25 Sept 2012) + RM 35.00

Tempat Kedua x 1 : RM 20.00

Tempat Ketiga x 3 : RM 10.00

Hadiah wang tunai akan di bank-in ke akaun pemenang. Manakala, Pas wayang akan di pos.

 

Senarai Peserta:

Update : Pertambahan nilai hadiah. Terima kasih kepada Tuan Hafizul (pondokkecil.com) kerana sudi menjadi penaja.

PS: Kalau ada yang sudi nak jadi penaja bersama boleh lah berhubung melalui emel saya. Sekian.