Rumah Tangga : Tinggal Bersama Mertua

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua.

Tinggal bersama mertua selepas berkahwin?? Pasti ramai akan berkata ‘Apa barang tinggal dengan mertua?’,  ‘Tak berdikarilah tinggal dengan mertua’, ‘Tak bebas apabila tinggal dengan mertua’ dan banyak lagilah.

Semua kata-kata diatas adalah tidak salah, dan adalah benar. Tak percaya tanyalah semua pasangan yang tinggal dengan mertua, jangan ditanya pada anak, tanya pada menantunya. Hehehe….

Jujur, daddydee katakan, daddydee tinggal bersama mertua di rumah mertua. Dari mula berkahwin sampailah sekarang ini, dari berdua hingga bertiga, Daddydee tinggal bersama mak mertua. Bapa mertua daddydee telah kembali ke rahmatullah.

Hari ini, daddydee nak kongsikan sedikit kelebihan dan kekurangan tinggal bersama mertua.

Kekurangan Tinggal bersama mertua

  1. Tidak bebas untuk bergerak kemana-mana.
  2. Banyak pantang larang. Terpaksa ikut kadangkala merasakan segalanya terbatas.
  3. Tak boleh nak buat suka hati kita.
  4. Kena membebel…. Pekara biasa. Memang panas telinga.
  5. Tak boleh keluar sampai lewat malam dan tak boleh nak lepak sesuka hati dengan kawan.

 

Kebaikan Tinggal bersama mertua

  1. Berbakti pada orang tua. Mertua sama je dengan mak ayah kita.
  2. Sewa rumah tak perlu nak bayar. Tapi bil utiliti dan belanja dapur keluarkan lah duit poket kita walaupun tidak diminta. Jangan jadi tangkai jering sangat.
  3. Kena membebel…. Anggap saja satu nasihat. Fikir positif je. Nanti kita pun tua juga nanti.
  4. Perabut rumah dan kelengkapan rumah tak perlu lah nak fikir. Kalau menyewa rumah baru, pasti kena beli perabut dan kelengkapan. Duit juga tu.
  5. Sesekali dapat hadiah. Best dapat barang free….
  6. Berpeluang jadi menantu kesayangan. Best, kekadang dilayan bagai anak raja. Hehehe…
  7. Boleh belajar macam-macam pekara. Orang tua yang makan garam dulu dari kita, pasti banyak ilmu yang akan di kongsikan.
  8. Kekadang tak payah susah nak masak. Sebab biasanya orang tua suka masak dan tak suka sangat nak makan kedai.

Itu sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan.

Tak teringin ke nak hidup berdikari?? Pasti teringin. Dan memang saya teringin nak berdikari. Suatu hari nanti sememangnya pasti.

Sebenarnya bukan tak ingin berdikari, dan bukan tak ingin duduk rumah sendiri (walaupun sewa), teringin sebenarnya. Tapi mengenangkan mertua sudah berumur, dan wife saya bongsu, tak sampai hati untuk meninggalkan mertua bersendirian. Bila kami tinggal bersama, senang juga, sakit demam makan minum dia ada orang tengokkan. Dan kalau saya nak outstation pun tidak lah risau sangat.

Memang pernah beberapa kali saya hilang sabar, dan nekad nak pindah. Tapi bila difikir balik, tertalu kejam untuk tinggalkan mertua bersendirian.

Teringat, ada ustaz pernah cakap ‘Apa yang kita lakukan kita akan dapat. Kalau kita baik pada orang tua, insyallah anak kita akan baik pada kita apabila tua nanti’. 

PS: Bila selsema menyerang nak update blog pun tak selesa.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hari kekasih adalah hari untuk kita terapkan rasa
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Saudaraku Sekalian. Alhamdulillah. Badan makin sihat. Walaupun kepala masih stim
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Bila isteri membebel Hari ini,