Tag Archives: tips blogging

Bangunkan Blog Tanpa Ilmu SEO

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

‘Wah, dah jadi blogger sekarang?’ Tegur seorang kawan lama di laman muka buku. Seorang kawan dari zaman belajar sampai ke zaman universiti. Memang tidak dinafikan tidak ramai orang sekeliling saya tahu saya menulis blog. Saya menulis blog sudah lama, saya bangunkan blog tanpa ilmu SEO, terkial-kial satu demi satu saya pelajari.

bangunkan blog tanpa ilmu SEO

bangunkan blog tanpa ilmu SEO

Saya bangunkan blog Daddydee.net tanpa ilmu SEO, saya buta ilmu SEO. Pada mula saya membangunkan blog ini saya hanya nekad sahaja, saya tidak pernah kenal dan tahu apa-apa ilmu tentang CPanel, WordPress dan SEO. Ya, saya tidak tahu.

Sebelum ini saya hanya menggunakan laman blogspot, menggunakan domain berbayar. Selepas bertahun dengan blog lama, saya nekad untuk bertukar arus menggunakan WordPress. Walaupun tanpa ilmu wordpress dan tanpa ilmu SEO tetap nekad untuk melangkah. Kalau tak mula sekarang bila lagi.

Selama setahun saya buat banyak kesilapan yang tanpa saya sedari. Banyak ilmu wordpress yang saya tidak ketahui, sikit-sikit saya pelajari dan alhamdulillah selepas setahun saya mula lihat hasil yang positif.

Dengan bantuan Teknik SEO Merah Jambu banyak membantu blog saya untuk capai ranking yang lebih baik. Banyak tips yang dikongsikan didalamnya membantu blog saya. Kalau ada yang perasan ranking MY blog ini banya menurun dari 2000++ ke ranking bawah 1000. Syukur alhamdulillah.

Apa yang saya ingin kongsikan disini, untuk bangunkan blog hari ini lebih mudah tak seperti zaman saya mula menulis blog dulu. Banyak tips yang dikongsikan secara percuma dan berbayar. Nak atau tidak sahaja.

Yang penting adalah sifat keterbukaan untuk menerima kesilapan dan kesalah yang akan kita lakukan, sedia untuk belajar dan terima kritikan. Itu lumrah. Pengalaman adalah cikgu terbaik dalam hidup ini. Belajar dan terus belajar itu perlu. Kalau berminat untuk belajar cara yang betul untuk bangunkan blog dan teknik hebat blogger otai boleh sertai kursus anjuran team Denaihati.

Mulakan eksperimentasi sekarang, mana tahu dari sekadar eksperimen mampu jadikan satu empayar.

Blogger Sebagai Kerjaya

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai kerjaya? Jika ditanya pada saya jawapan saya adalah tepuk dada tanya dalam diri anda. Ramai yang sudah berjaya dengan blog, dan ramai juga blogger yang sudah menjana ribuan ringgit hanya dari blog seperti Titan, Redmummy, Denaihati dan Beutifulnara

Siapa tahu dengan duit dari hasil blogging boleh buat bayar hutang PTPTN kan? Dan siapa tahu mungkin rezeki kita pula selepas ini untuk merasa duit hasil blog. Siapa tahu?

Malah ramai juga blogger-blogger hebat Malaysia mula terpampang di dada akhbar. Malah sekarang ini ramai pihak yang mula mengangkat blogger, dan mengiktiraf sumbangan blogger. Banyak anugerah yang telah diwujudkan bagi menghargai blogger-blogger Malaysia yang menjadi nadi penentu di mada depan.

Blogger sebagai kerjaya boleh ke?

Blogger sebagai kerjaya boleh ke?

>>>Rahsia Blogger Hebat<<<

Kalau dilihat peringkat antarabangsa juga ramai sudah blogger yang menjadikan blogger sebagai kerjaya mereka. Menjadikan blog sebagai sumber kewangan utama mereka. Salah satu nama yang memang tidak asing lagi adalah Seth Godin.

Sememangnya tiada yang mustahil dengan hanya menulis kita mampu menjemput rezeki. Siapa tahu kita juga mampu menjadi seperti nama-nama hebat di atas? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu?

Blogger sebagai kerjaya -  Jatuh bangun adalah lumrah dunia, tapi jangan pernah sesekali mengalah terus berjuang dan berjuang

Blogger sebagai kerjaya – Jatuh bangun adalah lumrah dunia, tapi jangan pernah sesekali mengalah terus berjuang dan berjuang

Bagi saya pula blog adalah medan untuk saya menjemput rezeki. Dalam penulisan blog ini saya tidak meletakan duit sebagai sasaran utama tapi meletakkan rezeki sebagai sasaran utama saya.

Penwujudan asal blog ini adalah berteraskan ‘Knowledge Is Power’, saya wujudkan blog ini sebagai medan perkongsian ilmu. Berkongsi segala ilmu yang saya pelajari dan lalui bersama pembaca blog ini disamping menambahkan lagi ilmu saya.

Penulisan blog yang meletakkan sasaran utama adalah rezeki, memberikan saya lebih ketenangan dan kebebasan dari menulis. Ini saya pelajari melalui pengalaman lepas saya, penulisan yang tanpa arah tujuan dan haru biru kerana saya meletakkan duit sebagai sasaran saya. Walaupun, saya pernah menyertai satu projek ‘blook’ (book + blog, suatu yang pernah popular suatu masa dulu sebelum wujudnya ebook), tiada kepuasan yang saya capai.

Ya, kini saya amat puas dalam penulisan saya hari ini, walaupun traffic blog saya tidak segah mana sekadar nyawa-nyawa ikan, walaupun duit yang diperolehi dari hari blog tidak setinggi mana, saya tetap puas. Saya puas dengan rezeki ilmu yang saya perolehi hari ini.

Blogger sebagai kerjaya saya untuk berkongsi ilmu yang bermanafaat. Itulah tujuan kita ke dunia untuk menjadi khalifah di alam dunia ini.

#DuitRaya dari denaihati.

Tips Blogging : Komen Blog Lain

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua? Kuala Lumpur telah dilanda jerebu yang agak teruk ketika ini. Rasanya Johor dan Melaka mungkin lagi teruk. Apa pun dalam keadaan sekarang ini jangan abaikan kesihatan kita semua, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar. Dalam opis saya pun dah macam berjerebu sekarang ini.

Komen blog lain

Komen blog lain

Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan panduan menulis entri, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan panduan untuk komen blog lain. Komen blog lain memang bagus sebenarnya bagi saya kerana ia adalah salah satu cara kita untuk meningkatkan trafik dan membuka jaringan blog kita. Saya masih sukakan cara yang lapuk dan berguna ini berbanding dengan kaedah ‘ping’ blog walaupun itu lagi berkesan sebenarnya.

Beberapa cadangan saya untuk tinggalkan komen blog lain:

  • Maklumat yang tepat – Isikan makluman seperti nama blog dan url yang betul. Ini penting bagi memastikan pemilik blog itu boleh buat kunjungan balik.
  • Komen yang berkatian – Bacalah blog entri dulu sebelum meninggalkan komen. Kalau sepintas lalu baca pun okey. Jangan tinggalkan komen yang tak berkaitan.
  • Pendapat atau kritik yang bernas – Sebaiknya kemukan pendapat atau kritikan yang tepat sesuai dengan entri tersebut. Komen yang baik kita tinggalkan baik untuk trafik blog kita juga. Biasanya pengunjung lain akan baca juga komen-komen di entri sebelum meninggalkan komen. Jika komen kita menarik mungkin mereka akan berkunjung ke blog kita pula.
  • Blog Popular atau Tak -  ada sesetengah orang memilih untuk komen di blog popular saja sebab mereka ingin dapat tempias trafik yang tinggi. Kalau saya,
    blog popular atau tak tidak penting, yang penting blog itu best dan seronok di baca. Komen di blog baru pun bagu juga sekurangnya kita boleh buka jaringan baru.
  • Komen secara berhemah – Hormati blog lain itu, komenlah secara berhemah. Sebab bahasa melambangkan jiwa kita. Jadi guna lah bahasa yanbg baik.

Itulah saja perkongsian yang dapat saya kongsikan. Kalau ada sebarang penambahan boleh kita kongsikan bersama. Terima kasih.

 

Blog Review : 1 Hari 1 Blog oleh sop.name.my

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Anda kenal Sop Nama Saya? Ok Sop tengah mengadakan kempen Blog Review: 1 Hari 1 Blog. Rajin sungguh Tuan Sop membuat review. Salute pada Tuan SOP.

Blog review ini memang bagus dalam dunia blogging kerana dapat menambahkan lagi network dalam dunia blogging. Ya lah, tak semua pembaca blog orang lain tahu tentang blog kita kan? Tapi bila blog yang kita biasa kunjungi buat review pasti kita akan baca dan kunjung ke blog yang di review itu. Kan dah bertambah visitor dan unique visitor di situ.

Sebagai contoh blog Nor Zilla Sensei. Memang sebelum ini tidak pernah saya kunjungi, tidak pernah ada link sama ada dengan bini muda atau bini tua saya. (tak faham klik sini). Tapi bila blog beliau di review oleh Tuan Sop saya sendiri telah menyinggah ke blog Nor Zilla Sensei. Dah besar sikit kita punya network. Tambah lagi seorang kawan blog. Tak ke begitu?

Selain itu, dengan blog review juga akan dapat membantu menambahkan jumlah backlink. Apa itu backlink? Klik sini untuk lebih lanjut, Tuan OhBudu ada berkongsi. Ini juga akan membantu menaikkan blog Ranking kita kat mata si awek Alexa. Bagi orang lain saya tak tahu lah tapi bagi saya satu kepuasan kalau dapat meningkatkan dan maintance ranking Alexa.

Ok lah, saya rasa itu saja untuk kali ini. Tuan Sop, sudi-sudilah review blog saya.Saudara yang berminat untuk blog nya di review boleh lah klik sini.

Blog Review oleh SOP

Blog Review oleh SOP

Bagaimana hendak sertai blog review ini?
Ikuti syarat mudah berikut untuk sertai blog review seperti berikut:

  • Buat 1 entry bertajuk “Blog Review di blog sop.name.my
  • Masukkan banner Blog Review: 1 Hari 1 Blog pada entry tersebut
  • Sertakan link entry ini pada banner atau entry
  • Tinggalkan URL entry anda di ruangan komen.

 

 

PS: Saudara sekalian sekiranya berminat untuk review blog ini adalah dipersilakan untuk turut serta dalam Giveaway Pertama Daddydee.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...