Tips Kesihatan: Cara Membuang Black head atau White head Dengan Bahan Bahan Di Dalam Rumah

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Seperti yang kita ketahui banyak sekarang ini produk pembersih atau pencerah kulit muka terutamanya menggunakan asid sitrik dari buah limau. Asid sitrik ini mampu membersihkan dan mencerahkan kulit dan melawan kuman dalam liang kulit.

Cara Membuang Black Head
Cara Membuang Black Head

Garam pula mempunyai kebolehan anti-bakteri boleh membuka liang kulit dan menyingkirkan kuman.

Gabungan dua bahan yang boleh di dapati dari dapur rumah ini sangat membantu.

Cara Membuang Black head atau White head Dengan Bahan Bahan Di Dalam Rumah

Bahan-bahan

  1. Sea Salt- 1 sudu besar
  2. Lemon- 1/2 sudu kecil
  3. Water- 1 sudu kecil

Cara-Caranya

  1. Letakkan bahan-bahan di dalam mangkuk dan campurkan kesemua.
  2. Aplikasikan bahan campuran tadi pada bahagian hidung dan muka. Kawasan yang mahu dibersihakan dari White Head dan Black Head
  3. Urutkan sekeliling kawasan yang di sapu selama 2-4 minit.
  4. Basuh muka dengan air suam. Tunggu sebentar dan basuk dengan air sejuk supaya liang roma kembali tertutup.
  5. Ulang 1-2 kali seminggu.

Selamat mencuba.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia

Tips Untuk Sihat Dan Bergaya Dengan Six Pack Di Musim Perayaan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya akan melaram sakan dengan baju baru. Dengan pakaian baru yang sangat bergaya dengan fesyen terkini. Tak kurang yang berkerja keras supaya kelihatan sihat dan bergaya dengan ketul-ketulan pejal di bisep.

Tapi sempena Hari Raya Aidilfitri ini pasti nafsu makan akan melonjak sakan, menggila habis melihat pelbagai juadah yang terhidang sana sini penuh menyelerakan. Almaklumlah sebulan sudah berpuasa di bulan ramdhan, melihat kerepek ubi kayu pun rasa sedap apa lagi bila melihat lemang yang dipasang kan dengan rendang tok. So delicious. So yummy dor my tummy.

Jangan biarkan nafsu makan merosakkan wajah macho sihat dana bergaya itu. Jangan terlalu lahap. Kekalkan matlamat untuk six pack dan cegah diarrhea.

Sihat dan Bergaya - Bila terlebih saiz perempuan tengok saja la
Sihat dan Bergaya – Bila terlebih saiz perempuan tengok saja la

Tapi jangan dilupa di musim perayaan ini diarrhea memang suka mendampingi kita. Salah sikit pasti diarrhea datang berkunjung dan menjengah kepala. Kalau diarrhea ni singgah sejam dua tak mengapalah kalau singgah berhari-hari macam mana? Haru jawab nya.

Jadi sebelum diarrhea datang melawat dan bertandang dengan kita baik beringat dulu. Makan jangan ikut nafsu tapi makan ikut keperluan saja. Makan berpada-pada saja. Ambil ikut keperluan saja.

Jangan jadikan bulan Ramadhan saja bulan sihat, bulan Syawal bulan makan sampai lebam. Qada’ makan katanya. Almaklum lah sana sini ada open house dengan 1001 juadah hidangan. Jangan dan jangan.

Jadikan bulan Ramadhan adalah permulaan untuk matlamat kita untuk six pack. Kekalkan momentum yang sama untuk terus mencapai bentuk badan impian dan berat ideal. Untuk menjadi lelaki idaman Malaya yang sihat dan bergaya. Selain itu boleh juga mendapat stamina optimum yang penting dalam kehidupan seharian. Apa yang penting stamina? Nanti kita bincangkan kemudian kenapa stamina penting.

Jom sambung puasa sunat enam di bulan Syawal.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Alhamdulillah sudah sampai kita ke separuh Ramadhan kita lalui,
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula

Ramadhan mendekat

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula menyambut Ramadhan. Insyallah esok malam akan bermulanya solat sunat terawikh.

Kalau dulu zaman kanak kanak saya malam pertama Ramadhan adalah umpama malam kemerdekaan bagi saya. Ya merdeka kerana di bulan Ramadhan, abah bagi kami greenlight untuk keluar rumah sampai pukuk 11 malam. Alasan biasa solat Terawikh di Masjid habis lambat. Pada hal sembayang solat Isyak dan 8 rakaat Terawikh, lagi sejam lebih adalah meronda kampung dan makan colek kerang dan buah. Itu memang kegemaran setiap kali Ramadhan.

Itu kenakalan saya zaman kanak kanak. Tapi saya tahu abah tahu saya menipu dia. Sekali abah tenung mata anak anak nya pasti dia tahu hitam atau putih. Ma abah memang cukup mengenali anak mereka. Rasanya semua ibu bapa begitu?

Sekarang ini saya pula yang jadi papa kepada Afif. Kini masanya saya pula untuk mendidik anak saya, untuk mengenal dunia sementara dan memahami akhirat yang kekal selamanya. Ini adalah tahun kedua Afif melalui bulan Ramadhan dalam hidupnya. Semoga Afif membesar menjadi anak yang soleh.

Dalam Ramadhan nendekat saya memasang azan agar Ramadhan kali ini menjadi satu Ramadhan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan harapnya dengan kehadiran Ramadhan saya dapat terus mencari inspirasi untuk berkongsi dan terus bersemangat untuk berjuang.

PS: Harapnya bermula dengan Ramadhan kali ini saya dapat kekalkan semangat saya untuk turunkan berat badan dari one pax kepada six pax.

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Seperti yang kita ketahui banyak sekarang ini produk
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya