Tips Kurus : Makan Banyak atau Banyak Makan, Mana Yang Lagi Baik Untuk Badan?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Makan Banyak atau Banyak Makan
Makan Banyak atau Banyak Makan

Macam mana cara diet?

Kurus… Bila cakap pasal nak kurus nak turunkan berat badan semua pakat mengiakan. Tak kira lelaki atau perempuan memang berminat untuk kurus

Bagaimana cara untuk kurus? Diet lah.

  • Makan sikit @ kuantiti yang sikit
  • Tak makan
  • Makan sekali sehari

Mana satu pilihan diet anda? Ok simpan jawapan anda.

Kenapa saya tidak letakkan pilihan ‘makanan yang seimbang sekali?’. Sebab tajuk saya adalah makan banyak atau banyak makan.

Makan Banyak atau Banyak Makan?

Mana yang anda pilih? Saya percaya ramai yang memilih makan  banyak atau makan dalam kuantiti yang besar setiap kali makan berbanding banyak makan ataupun makan banyak kali dalam portion yang kecil.

Kenapa? Saya tidak tahu orang lain tapi ini jawapan diri saya.

Dulu…

Saya dahulu memang pilih makan banyak. Saya akan makan dalam jumlah yang banyak sekali makan, dua pinggang nasi putih bukan masalah dengan lauk pauk yang pelbagai.

Kenapa? Alasan saya adalah saya nak jimat. Nak kawal duit poket. Biasa saya akan skip sarapan dan bawa ke makan tengahari dan makan banyak sekali gus.

Tapi itu hanya alasan…. Sebenarnya nafsu makan saja.

Dan sebab prinsip saya ‘Makan selagi sihat, dah sakit dah tidak boleh makan’.

Sekarang…

Tapi diusia 30-an ini, saya ubah prinsip itu ‘Jaga kesihatan selagi boleh, dah sakit apa pun tak boleh’.

Antara punca utama penyakit pada hari ini adalah makanan.

Jadi sekarang ini, saya memilih untuk banyak makan dari makan banyak.

Sarapan pagi tidak akan saya tinggalkan, sekurangnya secawan oat atau dengan telur separuh masak. Tengah hari saya akan ambil lagi makanan, dalam jumlah kecil. Paling kurang capati, kalau ada kedai jual capati. Sebab susah nak dapat capati. Kalau tak, terpaksalah ambil nasi, tapi dalam portion yang kecil lah. Ambil ikut keperluan badan bukan nafsu.

Dan untuk jam 10 atau jam 4 petang saya siapkan biskut kering atau cream cracker dalam paket saya. Untuk alas perut.

Dan untuk makan malam saya pilih untuk makan sebelum jam 7 malam, sebolehnya la. Tapi kekadang tersasar juga. Biasa lah, disiplin masih lemah.

Tapi jika sudah lewat malam saya elakkan ambil nasi putih dan saya tukar dengan sumber lain seperti roti wholemeal atau pisang.

Dan tidak lupa, lakukan senaman. Amalkan senaman tidak kira di taman, gym, rumah atau di mana saja. Kalau boleh sekurangnya 3 hari seminggu. Cuba amalkan rasai perubahan.

Senaman tak perlu senaman yang heavy pun, cukup senaman yang ringan-ringan saja. Jogging atau swimming itu yang terbaik jika boleh dilakukan.

Kelebihan M-Prolabs
Kelebihan M-Prolabs

Supplement? Ya, saya amalkan M-Prolabs Alpha Capsule. Alhamdulillah kesan yang positif.

Berminat nak dapatkan M-Prolabs Alpha Capsule boleh whatapps saya 0182477971 (zaidi). COD Kuantan atau postage.

Siang tadi terima satu Whatapps dari pelanggan yang berminat dengan M-Prolabs Alpha Capsule berbunyi begini:
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sememangnya prestasi saya pada 2015 memang teruk dan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Masih tercari-cari produk kesihatan yang sesuai untuk kaum
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di

Bulan Ramadhan Bulan Sihat : Sasaran Six Pack

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Alhamdulillah sudah sampai kita ke separuh Ramadhan kita lalui, tak lama lagi Syawal akan menjelma. Sekejap sungguh rasanya masa berlalu. Sungguh pantas masa mencemburui kita.

Bulan Ramadhan adalah bulan sihat, bulan dimana seluruh umat Islam berpuasa pada siang hari nya. Pada masa ini, organ dalaman iaitu organ percernaan makanan perut dan usus boleh berehat seketika. Rehat selama hampir 12 jam sehari selama sebulan.

Bulan Sihat : Nak six pack macam brock lesnar
Bulan Sihat : Nak six pack macam brock lesnar

Saya pun mempunyai impian sebelum Syawal ini yang saya harap akan tercapai iaitu Six Pack. Hahahaha… Bukan Six Pack sebenarnya, tapi cukup sekadar saya mencapai berat badan yang ideal dan menjadikan saya lebih selesa dengan badan saya.

Sekarang ini saya berat badan saya kalau masuk sukan tinju adalah dalam katagori Cruiserweight, hanya sedikit saja lagi untuk mencapai katagori Heavy Weight untuk lawan dengan Mike Tyson. Sasaran saya adalah untuk turun ke katagori Light Heavy Weight barulah saya mencapai berat badan ideal.

Untuk mencapai berat badan ideal, mulai bulan Ramadhan bulan sihat ini saya cuba untuk kawal pemakanan saya. Hanya mengambil makanan yang perlu sahaja semasa berbuka puasa dan bersahur, tidak berlebihan. Terutama nasi memang saya cuba kurangkan. Kalau ikut nafsu memang bulan Ramadhan ini semua mahu kita sebat.

Harapnya selepas berakhir Ramadhan ini saya dapat mencapai berat badan ideal. Dan mulai Syawal boleh saya mulakan kembali senaman rutin untuk capai kembali stamina yang hilang dan sasaran tertinggi adalah six pack.

Jom kita dapatkan berat badan ideal sempena bulan Ramadhan yang sihat ini dengan menggunakan panduan dari pakar bakar lemak dan pakar kecergasan.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Saya memang tidak pernah buat air soya homemade
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata