Tag Archives: tips rumahtangga

Rumah Tangga : Runtuh Dek Kerana Laman Sosial

Salam buat semua,

Semalam, saya ada terbaca mengenai satu keluarga di Selayang bergaduh dek kerana facebook. Sang isteri dihentak, dipukul si suami dek kerana sangkakan si isteri curang. Ini berpunca disebabkan keasyikan sang isteri yang suka ber’facebook’.

Sudah banyak kes begini terjadi di negara kita. Bergaduh atau bercerai kerana facebook.

Hari ini, daddydee.net ingin berkongsikan satu dua tips yang mungkin berguna dalam kita berumah tangga. Tips ini untuk saya juga yang masih baru dalam dunia rumah tangga.

Sebaiknya kita dalam berumah tangga ini selalu melakukan aktiviti bersama.Banyakkan masa bersama. Dengan cara ini kita akan lebih mengenali pasangan kita. Jangan kata bercinta setahun kita sudah kenal hati pasangan. Itu belum tentu.

Kerana ada kes bercinta 5 tahun, merasakan sudah serasi dan sehati lalu mengambil keputusan berkahwin tetapi perkahwinan hanya kekal 1 tahun. Bila ditanya kenapa kerana tidak serasi. Bercinta selalunya memang manis, tapi berumah tangga ada pasang surut manisnya, kekadang terlebih masam, terkurang masin ataupun terlebih manis. Semua ada, kita tentukan.

Walaupun aktiviti luar seperti sukan pejabat, bawalah pasangan anda bersama. Dengan ini dapat mengeratkan hubungan anda dan secara tidak langsung pasangan anda boleh mengenali kawan pejabat anda. Ini boleh mengurangkan perasaan cemburu dan curiga pasangan.

Sebaiknya kenalkan kawan anda kepada pasangan. Kita sudah berkahwin. Kawan anda adalah kawan keluarga. Jadi sepatunya kenal dan ini memudahkan kita untuk berkawan tanpa ada perasaan cemburu oleh pasangan.

Kenal kawan pasangan untuk berkawan saja. Jangan ada lebih pula. Jangan sampai kawan pasangan jadi kekasih gelap sudah. Lagi kacau nanti. Awas ya.

Dan yang paling penting adalah sentiasa memaafkan pasangan kita. Sifat memaafkan ini adalah suatu sifat yang amat mulia. Sebolehnya sentiasa lah kita memaafkan semua orang disekeliling kita juga. Agar kita lebih tenang dan selamat dari berdendam.

Teringat satu cerita zaman Rasulullah saw, ketika sedang berjemaah di masjid. Rasulullah saw berkata ‘Sekejap lagi akan masuk seorang ahli syurga ke dalam masjid ini’. Tidak lama selepas itu masuk seorang lelaki. Rasulullah mengulangi 3kali kata-kata tersebut pada hari yang lain.

Para sahabat ingin tahu apakah amalan lelaki tersebut. Bila diselidiki amalannya adalah amat biasa sama dengan mereka.

Oleh kerana ingin tahu, sahabat bertanya pada lelaki itu ‘Apakah amalan kau sebenarnya? Sehingga Rasulullah saw mengatakan engkau bakal ahli syurga’

Lalu lelaki itu menjawab’Sebelum tidur, aku memaafkan semua orang yang disekeliling aku’

Jadi amalan lelaki itu memaafkan orang lain pada setiap malam. Jadi kita dalam kehidupan berumah tangga sememangnya perlu saling bermaafan. Tidak berbaloi rumah tangga runtuh dek kerana laman sosial, mengejar cinta yang belum pasti halalnya.

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua.


Janganlah terlalu asyik di laman maya atau laman sosial sehingga menimbulkan curiga dan lupa akan tanggungjawab kita di alam nyata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...