Tips Hidup Berjauhan Dengan Keluarga

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tips Hidup Berjauahan dengan Keluarga
Tips Hidup Berjauahan dengan Keluarga

Hidup berjauhan dengan keluarga bagi saya memang satu cabaran yang memerlukan pengorbanan dan kesefahaman yang tinggi. Kepercayaan dalam perhubungan juga perlu.

Saya setelah hampir 5 tahun hidup berkeluarga tidak pernah berjauahan dari isteri dan anak-anak. Sentiasa bersama. Kecuali jika ada mesyuarat atau kursus di luar kawasan terpaksalah berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

Tapi kali ini saya ditugaskan untuk bertugas di Pantai Timur, Isteri masih lagi berkerja di Ibu Kota. Mengenangkan kesian juga memikirkan Isteri saya yang terpaksa menjadi ‘SuperMom’. Saya tabik pada isteri saya dan juga wanita di luar sana. Mereka semua hebat. Bukan memuji tapi hakikat. Mereka mampu menguruskan anak-anak dan rumah tangga dengan sempurna walau tiada suami di sisi. Kalau saya belum tentu dapat saya lakukannya dengan sempurna.

Paling mencabar adalah bila berjauhan dengan anak. Itu yang paling saya rindukan. Rindukan teletah si abang yang becok dan ragam si adik yang sekarang ini cuba merangkak. Si Abang sempat membesar di depan mata saya setiap hari tapi tidak Si Adik, saya rindukan untuk merakam setiap detik mereka berdua membesar dengan mata saya.

Anak adalah penawar segalanya bagi saya. Pengarang jantung yang terutama dalam kehidupan saya sekarang ini. Isteri pula adalah permaisuri dalam kehidupan.

Tips Hidup Berjauhan Dengan Keluarga

Sedikit tips saya ingin kongsikan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan bagi mereka yang hidup berjauhan dengan keluarga:

  1. Kerapkan berhubung dengan keluarga sama ada call, whatapps, atau sms. Kalau boleh video call lagi cantik.
  2. Pastikan kita memberikan nafkah yang cukup buat keluarga kita. Utamakan mereka.
  3. Luangkan masa sebaiknya apabila kita pulang untuk bersama mereka dengan aktiviti yang best. Bawalah anak isteri ke taman permainan atau taman tema.
  4. Belanjalah anak isteri dengan special dinner atau lunch. Sesekali bagi ‘reward’ buat Isteri terutamanya yang telah banyak berkorban
  5. Terapkan lebih banyak elemen kejutan buat Isteri dengan berikan hadiah atau lain-lain. Eratkan dan segarkan hubungan cinta antara suami isteri.
  6. Lafazkan kata-kata cinta bukan lagi pendam. Kalau zaman bercinta boleh bilang ‘I love you’ setiap saat takkan tak boleh kepada isteri. Lafazkan seikhlas hati.
  7. Bawalah anak isteri bercuti jika berkesempatan dan berkemampuan.
  8. Banyakkan berdoa kepada Allah swt agar anak isteri kita sentiasa di bawah lindung Nya.

Hidup ini indah, indahkan lah dengan momen yang terbaik.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini adalah minggu yang agak kelam kabut
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga

Senarai Semak Untuk Balik Kampung Dengan Tenang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti panjang untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta di kampung halaman masing-masing. Bukan main gembira rasa hati untuk bertemu sanak saudara dikampung halaman, berjumpa dengan wajah-wajah insan yang tersayang yang dirindui selama ini.

balik kampung
Balik kampung dengan tenang  (sumber sini)

Apapun dalam kegembiraan untuk menyambut syawal jangan lupa untuk memastikan semua dalam keadaan selamat. Semua dalam keadaan selamat iaitu diri sendiri, kereta dan rumah. Disini saya ingin kongsikan sedikit senarai semak saya sebelum balik kampung.

Senarai Semak Rumah

  • Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci. Sekiranya pintu jenis sliding door, letakkan kayu pada railing sliding untuk mengelakkan pintu/tingkap senang dibuka.
  • Pastikan jeriji besi dikuncikan dan dipasang mangga tambahan. Lagi baik jika dipasang mangga luar dalam atau luar sahaja. Tambahan telinga tempat sangkut mangga adalah weak point jeriji besi.
  • Pastikan semua barang elektrik ditutup. Semua plug top ditanggalkan kecuali yang ada kepentingan seperti peti sejuk untuk elak barang dalam peti sejuk membusuk.
  • Pastikan kepala tong gas ditanggalkan. Lebih selamat untuk tinggalkan rumah dalam masa yang lama.
  • Pastikan barangan berharga tidak ditinggalkan dirumah tidak berpenghuni seperti barang kemas dan wang ringgit. Jangan lagi simpan duit bawah bantal simpan dalam unit trust lagi baik. Barang kemas, ar-rahnu ada sediakan khidmat simpanan barang kemas, kalau rasa rugi pakai la semua barang kemas tu.
  • Pastikan anda mengisi borang untuk balik kampung dan serahkan kepada balai polis terdekat.

Senarai Semak Untuk Kereta

  • Pastikan kereta dalam keadaan terbaik. Servis kereta terlebih dahulu. Paling penting adalah keadaan tayar dan brek adalah dalam keadaan terbaik.
  • Periksa keadaan air dalam sistem penyejuk dan sediakan air dalam kereta.
  • Rancang perjalanan sebaiknya bila ingin memulakan perjalanan dan kenal pasti kedudukan stesen minyak supaya tidak kehabisan minyak semasa dalam perjalanan.

Senarai Semak Untuk Diri

  • Pastikan diri cukup rehat sebelum memulakan pemanduan. Kalau letih atau mengantuk ambil rehat seketika.
  • Bawa semua ubat-ubatan yang diperlukan. (jika ada)

Semoga kita balik kampung untuk berhari raya dengan tenang dan gembira serta selamat semuanya.Jangan jadikan kita sebahagian dari statistik.

Mood adalah mood hari raya. Mood blogging up and down semula…

Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku... Hari Raya telah masuk hari ke-4, pasti ada
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi... Daddydee.net ingin mengingatkan pada semua saudara saudari sekalian yang ingin pulang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga

Minggu Yang Kelam Kabut : Gangguan Emosi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Minggu ini adalah minggu yang agak kelam kabut bagi saya, banyak perkara yang bermain di fikiran yang menyebabkan gangguan emosi. Saya tidak suka gangguan emosi yang akan mengganggu fokus saya dalam melakukan sesuatu kerja.

Gangguan Emosi - Tangani ia
Gangguan Emosi – Tangani ia

Gangguan emosi yang melanda dalam jiwa ini telah menjunamkan prestasi kerja saya, kerja offline mahupun online. Berani saya katakan saya hanya memberikan 60% saja komitment saya pada minggu ini. Memang mengecewakan. Kalau pembaca sekalian perasan blog daddydee.net agak terbiar minggu ini dan aktiviti blogwalking juga berkurangan.

Sekarang ini cuba menyusun kembali strategi, menyusun mengikut kepentingan mana kerja yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu. Alhamdulillah checklist telah saya siapkan, jawabnya 4 hari cuti akan menjadi 4 hari bekerja bagi saya.

Minggu depan mungkin banyak lagi berita akan saya terima tidak tahu baik atau burukm harapnya ianya tidak akan menyebabkan gangguan emosi lagi. Saya tidak mahu fokus saya hilang. Terlalu banyak yang perlu saya selesaikan minggu depan. Insyallah sekiranya tiada aral bebanan saya akan bertambah kerana saya akan kembali bergelar pelajar.

Sedikit tips yang boleh saya kongsikan bagi menangani gangguan emosi adalah:

  • Dekatkan diri kepada Allah swt – Ini adalah jalan yang terbaik. Sentiasakan diri dalam keadaan berwudhuk serta banyakan amalan sunat seperti solat sunat, zikir dan membaca al-Quran. Yang wajib jangan tinggalkan ya.
  • Pekakkan telinga – Elakkan mendengar sesuatu berita atau khabar yang akan menambahkan keparahan gangguan emosi sedia ada. Bukan bermakna kita menyendiri, sosial tetap bersosial tapi elakkan bertemu dengan orang yang salah.
  • Susun Strategi – Susun kembali setiap permasalahan yang dihadapi dan cuba selesaikan mengikut kepentingan. Selesaikan yang patut diselesaikan dahulu. Jika perlu, bertanyalah pendapat pada orang yang tepat. Pastikan orang yang tepat yang dapat membantu.
  • Bersukan – Lakukan aktiviti riadah yang mampu menenangkan jiwa. Sesekali dapat menendang bola mampu meringankan bebanan di kepala.
  • Rehatkan minda – Pergi memerhatikan alam yang hijau terbentang pastinya dapat memberikan ketenangan. Jika berduit, pergilah bercuti.

Itu serba sedikit yang saya lakukan bagi meringankan bebanan gangguan emosi apabila ianya melanda. Apa ingat orang perempuan sahaja ke terganggu emosi? Orang lelaki pun adalah.

Tangani gangguan emosi sebaiknya, jangan biarkan ianya jadi parah.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga

Tips Buat Duit Dengan Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah terbukti sememangnya sudah ramai yang berjaya buat duit dengan Nuffnang. Saya pun masih lagi belajar untuk menjana wang melalui blog. Masih kurang lagi ilmu di dada.

Buat Duit dengan Nuffnang
Buat Duit dengan Nuffnang

Sedikit tips yang inginkan untuk buat duit dengan nuffnang ni adalah:

  1. Daftar dengan Nuffnang –¬† ini mestilah, mana-mana syarikat pengiklanan pun kita kena daftar kalau nak buat duit dari mereka.
  2. Dapatkan status Gliteratti – sila carikan
  3. Dapatkan CPUV – nak dapatkan CPUV mesti pastikan traffik ke blog anda juga tinggi.
  4. Join Event – Silalah rajinkan diri untuk menyertai event-event Nuffnang dan rajin tinggalkan comment di blog Nuffnang.

Itu saja dahulu tips yang ingin saya kongsikan buat kali ini. Saya sedang berusaha lagi untuk memantapkan trafik blog saya yang tidak seberapa ini.

Untuk Join Event, agak sukar kerana komitmen saya pada keluarga dan kerja offline saya. Dahulu sebelum Daddydee.net wujud saya selalu juga join event Nuffnang. Tapi masa itu kekangannya tidak banyak sangat kerana masa itu saya masih lagi bujang.

Kalau tidak cukup tips yang saya kongsikan. Kalian boleh membaca blog blogger top Nuffnang banyak tips buat duit dengan Nuffnang yang mereka kongsikan. Selamat mencuba.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku...
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini adalah minggu yang agak kelam kabut
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... [caption id="" align="aligncenter" width="243"] Identity Entri ini juga

Kenapa Daddydee.net Begini?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Indentity
Identity

Entri ini juga terhasil dari penyertaan Tuan Sop dalam Giveaway Pertama Daddydee.net. Terima kasih pada Tuan Sop, kerana review beliau yang bermakna dan memberi inspirasi untuk saya membuat satu entri ini.

Di sini biar saya jelaskan beberapa perkataan yang biasa saya gunakan dalam blog Daddydee.net dan kenapa saya gunakan perkataan tersebut:

  1. Salam Ispirasi : Perkataan terilham semasa saya berkursus bersama Tuan SK. Dan penggunaan Salam Ispirasi diharap dapat menjadi indentiti blog in.
  2. Saudaraku : Kerana semua blogger dan pembaca blog daddydee.net adalah saya anggap bersaudara. Lagi pun kita semua sama asal usulnya dari Nabi Adam as.
  3. Tuan / Cik Puan : Perkataan ini nampak formal kan? Tidak dinafikan lagi. Perkataan ini saya gunakan kerana saya hormat semua blogger kerana Tuan-Tuan dan Cik Puan- Cik Puan memang layak dihormati.
  4. Saya : Penggunaan ganti nama saya bagi saya lebih sejuk dan sedap di baca.
  5. Sekian, Terima Kasih : Ucapan penghargaan kerana pembaziran masa yang telah tuan/cikpuan korbankan untuk membaca blog saya.

Sebenarnya, saya melakukan penulisan sebegini mengunakan perkataan dan ayat yang skima serta membosankan ini adalah kerana saya tidak tahu siapakah pembaca saya. Saya tidak tahu siapakah mereka, mungkin mereka seorang Dato’, Ustaz, Pegawai Besar, Businessman, CEO atau lain-lain. Saya juga tidak tahu range umur mereka. Jadi pendekatan selamat saya pilih. Pendekatan bahasa Melayu skima yang saya gunakan adalah untuk keselesaan semua pembaca blog Daddydee.net.

Pendekatan ini diharapkan dapat menjadikan blog saya mempunyai identiti tersendiri dengan tujuan asal saya membangunkan blog ini adalah untuk memberi inspirasi kepada diri saya dan saudara sekalian.

PS: Salah satu tips penting dalam blogging adalah indentiti blog itu sendiri.

Sekian, Terima Kasih.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini adalah minggu yang agak kelam kabut
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah