Tag Archives: tomok

MasterChef Celebriti : Celebriti Ke-10 Terkeluar

Pada minggu ini, 3 orang celebriti masuk pusingan elimination iaitu Angah, Farouk dan Tomok.

Tema pusingan Elimination pada minggu ini adalah Lempeng.

Beri Lempeng yang dihidang oleh Farouk agak menarik dan menyelerakan. Bila tengok saya pun rasa terliur dengan kombinasi hidangan oleh Farouk. Dan hidangan beliau memang mendapat pujian dari ketiga-tiga Chef.

Angah menyajikan Lempeng Rolling Stone. Satu-satunya lempeng berkonsep Malaysia daripada ketiga-tiga hidangan. Lempeng dihidang dengan sambal bilis suatu yang agak biasa tapi menarik dan unik.

Tomok, hidangan yang kurang menarik dari segi tekstur dan sos coklat bak kata ketiga-tiga chef. Hidangannya simple tapi menarik pada pandangan saya.

Celebriti ke-10 yang tersingkir adalah Tomok. Setelah 7 kali masuk pusingan elimination minggu ini tidak bernasib baik buat Tomok.

Apapun, tahniah buat Tomok yang menjadi celebriti 7 yang terbaik dalam MasterChef Celebriti Musim Pertama.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...