Juara Sebenar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah buat adik ku, Muhammad Aziemzul Hakiem kerana berjaya mendapat pingat gangsa dalam tournament taekwando yang terbaru disertai pada hujung minggu lepas. Tahniah sekali lagi. Adik yang bongsu. Muhammad Luqman Al-Hakiem pula dengarnya bakal mewakilli salah satu negeri untuk Sukma yang akan datang. Kalian berdua memang juara sebenar bagi kami sekeluarga.

Juara Sebenar : Tahniah adik
Juara Sebenar : Tahniah adik (baju biru)

Dua adik saya ini memang juara sebenar dalam keluarga kami, abah saya terutama sangat bangga dengan mereka yang berjaya dalam tournament taekwando yang mereka sertai. Sebab abah saya lah yang jadi penggalak mereka untuk sertai semua tournament dan taekwando. Saya juga minat martial art tapi tiada peluang dan rezeki hanya belajar untuk diri saja tiada kesempat untuk tournament.

Falsafah Juara Sebenar dari Rocky Balboa
Falsafah Juara Sebenar dari Rocky Balboa

Juara sebenar adalah orang yang tidak pernah kenal erti kalah yang akan terus berusaha dan berusaha untuk mendaki puncak jaya. Sekali gagal bukan selamanya gagal. Gagal itulah pelajaran paling bermakna dalam hidup.

Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat semua saudaraku... Dua minggu lepas saya ada menyaksikan National Junior
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Aziem (blue) in action...   Loqman (blue) in
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Aktiviti di hujung minggu ini adalah menonton National
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Mutu Pengadilan : Boleh Di Tingkatkan Lagi

Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat semua saudaraku…

Dua minggu lepas saya ada menyaksikan National Junior Taekwando Championship 2012 di Stadium Badminton Cheras. Ini bukan kali pertama saya menonto tournament seperti ini, sejak dari pembabitan 3 orang adik saya dalam beberapa siri tournament dalam beberapa tahun kebelakangan ini sering juga saya turun sebagai penonton.

Memang bagus tournament seperti ini yang mampu melahirkan bakat-bakat baru dalam seni bela diri. Memang kalau dilihat ramai bakat-bakat baru dapat dicungkil dari tournament seperti ini. Dan sudah pastinya ini merupakan satu aktiviti sukan yang sihat walaupun dilabelkan sebagai ganas oleh sesetengah masyarakat kita.

Walaupun tidak mengerti sangat pengiraan mata perlawanan taekwando ini tapi saya dapat lihat terdapat kepincangan disitu. Apa yang saya lihat terdapat tendangan dan sepakan yang tidak diberikan mata oleh pengadil perlawanan. Dan tiada pukulan tapi mata tetiba naik. Pelik dan ajaib jadinya.

Dan apabila terdapat bantahan dari pengurus peserta saya lihat pihak pengadil hanya berbincang sesama mereka. Tiada sumber lain seperti video untuk menjadikan sumber rujukan.

Kelihatan juga pengadil seperti mempunyai personal interest terhadap peserta atau pasukan tertentu. Ini kerana, ada sesetengah perlawanan pengadil bagaikan ambil sambil lewa saja menilai setiap tendangan peserta.

Apapun cadangan saya agar di masa depan, mutu pengadilan dapat dipertingkatkan lagi. Mungkin dengan penggunaan video camera untuk merakamkan setiap pergerakan peserta dan boleh dijadikan rujukan untuk sebarang bantahan. Kekadang pergerakan peserta terlalu pantas dan kekadang pandangan mata boleh terlepas dari aksi tersebut.

Saya pun melihat dengan lebih jelas sebab saya menggunakan lens 18-55 saya. Kalau tak memang saya pun tidak jelas setiap tendangan peserta.

PS: Kalau lah saya masih muda lagi, mahu juga saya jadi peserta tournament sebegini.

Majulah Sukan Untuk Negara

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat adik ku, Muhammad Aziemzul Hakiem kerana
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Aziem (blue) in action...   Loqman (blue) in
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Aktiviti di hujung minggu ini adalah menonton National
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita

Wordless Wednesday : In Action

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Aziem (blue) in action…

 

Loqman (blue) in action…

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat adik ku, Muhammad Aziemzul Hakiem kerana
Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat semua saudaraku... Dua minggu lepas saya ada menyaksikan National Junior
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Aktiviti di hujung minggu ini adalah menonton National
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul