Tips Tingkatkan Trafik Blog

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Tengahari ini, buat aktiviti biasa iaitu blogwalking, dan banyak blog berbicara tentang pagerank. Banyak blog juga yang telah menaik pageranknya seperti blog Tuan Donnyien yang telah naik ke pagerank 3. Blog saya juga telah dikembalikan ke pagerank 2 selepas kena rejam kembali ke pagerank 1 selama beberapa bulan. Alhamdulillah sekian lama berusaha hasilnya terbukti dan satu kepuasan.

Tingkatkan Trafik Blog
Tingkatkan Trafik blog

Salah satu cara untuk meningkatkan pagerank adalah dengan tingkatkan trafik blog. Hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk tingkatkan trafik blog yang saya gunakan:

  • Kualiti Entri – Apabila entri yang kita hasilkan adalah berkualiti pembaca pasti akan terus menerus membaca blog kita. Sebolehnya entri di hasilkan dengan olahan kita sendiri. Cuba elakkan copy paste, entri¬† yang dihasilkan oleh buah fikiran kita itu lebih berkualiti sebenarnya. Mesti berani menulis dan sentiasa cuba memperbaiki mutu penulisan.
  • Blogwalking –¬† Ini adalah cara tradisional untuk meningkatkan trafik blog. Apabila blogwalking sebolehnya cuba tinggalkan jejak dengan meninggalkan komen. Dan pastikan komen adalah berkaitan dengan entri, luangkan sedikit masa untuk membaca entri tersebut. Saya juga suka kaedah ini.
  • Ping Blog – Terdapat banyak laman web ping percuma yang boleh anda gunakan ada yang Malaysia (busuk.org dan apesal.com) dan ada juga yang antarabangsa. Boleh cuba cari dengan bantuan Google.
  • Laman Sosial – Sebarkan blog anda di kalangan kawan-kawan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Gunakan ayat-ayat penggoda agar dapat menarik kawan-kawan anda untuk membaca blog anda.
  • SEO – Ini adalah kaedah yang terbaik iaitu dengan memastikan setiap entri blog anda adalah mesra SEO (Search Engine Optimiser). Apabila entri anda adalah mesra SEO dan sentiasa berada di page pertama dengan keyword tertentu pastinya akan ramai pengunjung yang akan bertenggek di blog anda. Ini semestinya akan membantu tingkatkan trafik blog anda. Saya pun tidak pandai sangat dengan SEO, boleh merujuk dengan 10 blogger terbaik Malaysia untuk tips SEO ni.
  • Jenama Blog – Mantapkan jenama blog anda dengan kaedah anda sendiri. Apabila jenama blog sudah mantap seperti denaihati, abangensem, ariffshah dan earncent pasti pengunjung tak putus-putus datang. Lihatlah blog mereka yang saya sebutkan ada saja pengunjung setia mereka.

Itu adalah sedikit tips yang baik yang boleh digunakan untuk tingkatkan trafik blog. Ada juga tips keji yang boleh digunakan untuk meningkatkan trafik blog tetapi saya tidak sarankan iaitu :

  • Keyword lucah – Gunakan keyword yang lucah seperti rogol, bogel, telanjang, naked, sexy girl, porn dan macam-macam lagi. Ada juga blogger yang mengunakan keyword lucah dalam entri mereka tetapi entri bukanlah lucah.
  • Entri Lucah – Entri yang menggunakan gambar lucah/sexy, video ataupun cerita lucah sebagai pengisian blog.
  • Tajuk entri lucah – Gunakan tajuk entri seperti rogol pelajar, aksi telanjang pelakon dan perlbagai tajuk lagi. Sama juga seperti keyword lucah ada juga blogger yang menggunakan tajuk entri lucah bagi tingkatkan trafik blog walaupun entri sebenarnya tidak berkaitan.
TIngkatkan Trafik Blog - Kalau trafik blog sebegini kan best sampai jem. Hehehe
TIngkatkan Trafik Blog – Kalau trafik blog sebegini kan best sampai jem. Hehehe

Tapi tips-tips diatas ini saya sarankan elakkan. Jangan buat begini, walaupun ianya mampu tingkatkan trafik blog. Gunakan kaedah yang betul dan tepat. Insyallah ada trafik yang berkungjung ke blog kita.

Seperti yang saya tulis dalam entri buat duit melalui blog, tulislah ilmu yang bermanafaat dan berguna yang pastinya akan menghasilkan pendapatan yang halal dan mendapat saham positif untuk hari akhirat. Dalam mencari kebahgiaan dunia pastikan kita tidak terlepas mengejar kedamaian akhirat jua. Semoga kita bersama mendapat manafaatnya.

'Untung lah jadi blogger. Masyuk.' 'Best jadi blogger dapat banyak sponsor' Malah, banyak lagi bila
Assalamualaikum dah salam inspirasi buat semua saudaraku... Bina Identiti Blog dan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... 'Wah, dah jadi blogger sekarang?' Tegur seorang kawan