Mesin Cash Deposit Buat Hal

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Pernah terbaca dalam blog, ada saudara blogger bercerita tentang pengalaman mereka, bank-in duit dengan cash deposit machine dan transaksi ditolak tetapi duit tidak dikembalikan. Kawan sepejabat saya juga pernah mengalami situasi begini, dan terpaksa berkejar ke bank bagi menyelesaikan masalah ini.

Dan malam semalam, saya pula mengalami masalah dengan cash deposit machine tetapi dengan kes yang berbeza. Seperti biasa setiap gaji diterima, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah melangsaikan semua hutang piutang saya.

Untuk hutang bank, saya lebih memilih untuk menggunakan cash deposit machine kerana memudahkan. Seperti biasa duit yang dikeluarkan dari Bank A akan saya masukkan ke Bank B. Di Bank B, saya mengira dahulu jumlah yang ingin dimasukkan.

Saya masukkan 12 keping not Ringgit ke dalam cash deposit machine. Selang beberapa detik, sekeping not telah ditolak. Namun, jumlah kiraan mesin menunjukkan 10 not sahaja. Saya batalkan transaksi dan kiraan saya buat menunjukkan sememangnya 11 not dikeluarkan. Ini bemakna kiraan mesin cash deposit machine tidak selalunya tepat.

Selepas ini saya perlu lebih berhati-hati semasa berurusan dengan cash deposit machine.

Moral of Story : Kena hati-hati apabila berurusan dengan mesin.

Aku bukan lah pakar dalam bab pemakanan dan kesihatan. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.