Sikap Suka Bertangguh Memakan Diri… Kuasa Lakukan Sekarang

‘Ah… Nanti aku buat lah’, ‘Aku tahulah apa aku nak buat’, ‘Nanti-nantilah’…. Ini antara alasan yang kerap aku berikan. Bukan tak tahu buat atau tiada masa tapi SIFAT MALAS yang membesar dalam diri pada dan ketika itu.

Sikap Suka Bertangguh Memakan Diri

Tak kira dalam dunia pekerjaan atau belajar sifat suka bertangguh kelak akan memakan diri. Tak percaya sudah. Aku dah rasa dan lalui, aku percaya ramai juga percaya akan benda ini.

Zaman belajar biasa kawan akan cakap macam ni ‘Ala… Assignment ni nanti boleh buat. Aku pun belum buat lagi’. Bila dengar kawan cakap macam tu apa lagi terus tutup buku dan follow kawan merempit.

Hello… Kawan… Otak kau dengan dia tak share!!!

Dia mungkin perlukan 30 minit untuk faham satu tajuk. Kau mungkin perlukan 30 hari untuk fahamkan tajuk tu. Tu pun kalau faham.

Lagi satu kena ingat, pointer kau dan dia bukan kongsi. Kalau dia dapat 4.0 dia punya, kalau kau dapat 2.0 pun kau punya bukan boleh kongsi or puratakan.

Continue reading “Sikap Suka Bertangguh Memakan Diri… Kuasa Lakukan Sekarang”

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Vote for Malaysia Apa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Dugaan tiada siapa mahu dugaan. Tiada siapa yang

Tips Menulis Blog : Berani Menulis

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea. Tugas penulis adalah menulis dan berkongsi dengan pembaca, tugas pembaca pula adalah membacanya. Tapi sukar untuk penulis blog untuk mengetahui apa yang pembaca di inginkan. Tapi sebagai penulis kita harus berani menulis.

Untuk memenuhi kehendak pembaca memang amat sukar kerana kita tidak tahu apa yang pembaca mahukan. Mungkin ada pembaca suka baca bahas yang santai dan ada juga yang suka bahasa skema. Ada juga pembaca suka baca gossip tetapi ada juga pembaca mahukan bahan ilmiah dan jenaka. Jadi kita tidak akan dapat memenuhi kehendak semua pembaca, kita tidak tahu apa yang mereka inginkan tapi kita yang kena tahu apa yang ingin kita tulis.

Berani Menulis : Tulis dan berkongsi
Berani Menulis : Tulis dan berkongsi

Berani Menulis dan Tahu Apa Yang Kita Tulis

Sebagai penulis, kita mesti berani menulis dan tahu apa yang kita tulis. Tahu tujuan kita menulis, untuk apa dan untuk siapa. Sebagai penulis kita mesti mejadi pemikir yang hebat dan bersedia berkongsi ilmu.

Sebagai penulis, kita mesti berani menulis mengikut cara kita sendiri. Tidak berlu terikut dengan cara orang lain, tetapi berani menulis mengikut cara kita sendiri. Menjadi diri kita sendiri. Binakan dan ciptakan identiti kita sendiri melalui gaya penulisan kita sendiri. Bak kata Tuan Titan ‘Menulis biar ada jiwa’.

Tidak kisah apa gaya bahasa yang ingin kita gunakan apa yang penting setiap maklumat yang ingin disampaikan itu sampai dan lagi elok jika ianya adalah ilmu yang bermanafaat. Sekurangnya kita dapat juga saham pahala dari ilmu yang bermanafaat yang kita tuliskan.

Menulis dan Lakukan Eksperimen

Berani Menulis : Lakukan eksperimen
Berani Menulis : Lakukan eksperimen

Eksprerimen bukan hanya di dalam makmal tapi juga dalam blog. Tuliskan sesuatu yang segar sesekali untuk melakukan eksperimen, menguji bagaimanakah sambutan pembaca dari eksperimen kita. Apakah respons pembaca?

Saya juga ada membuat beberapa eksperimen penulisan dalam blog ini antaranya ‘Main Dengan Makcik‘ dan ‘Metallica Live In Malaysia‘. Itu adalah antara dua penulisan eksperimen yang saya lakukan dalam blog ini, eksperimen cuba lari dari konsep penulisan skema saya kepada yang lebih santai.

Jujur saya katakan, saya tetap akan kekal dengan gaya penulisan skema ini kerana saya selesa begini dengan daddydee.net, walaupun saya bukanlah manusia skema. Siapa yang kenal saya, mereka tahu siapa saya. I’m not the best but i want be the best.

Tetapkan Matlamat Dalam Penulisan

Akhir sekali adalah tetapkan matlamat apa yang ingin kita capai dalam penulisan kita. Itu yang paling penting, apa yang ingin kita capai dalam jangka pendek dan jangka panjang. Bila ada matlamat inshallah kita tidak akan mudah bosan untuk menulis dan berkongsi.

Yang paling penting dalam menulis, jangan pernah merasa bosan dan putus asa. Malah terus berusaha dan berusaha sampai tercapai matlamat kita.

Untuk penulis blog yang ingin mantapkan trafik blog boleh dapatkan Ebook Teknik SEO Merah Jambu dan Tips Atasi Kekeringan Idea.

'Ah... Nanti aku buat lah', 'Aku tahulah apa aku nak buat', 'Nanti-nantilah'.... Ini antara alasan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Vote for Malaysia Apa
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sejak awal bulan Julai 2013 saya cuba sebaik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Jangan beli ebuku Teknik SEO Merah Jambu, sejujur

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Tulisan Badan Merana Hentikan Tomahan Dan Fitnah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Vote for Malaysia
Vote for Malaysia

Apa khabar semua saudaraku? Sihat sejahtera bahagia aman sentosa senantiasa hendaknya.

Lagi 3 hari, untuk tiba 5 Mei 2013, satu tarikh yang amat ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, untuk memilih siapakah bakal menjadi peneraju negara yang baru. Siapakah yang akan mengemudi negara kearah negara maju dan Islam. Siapakah dia? Kita tentukan, inilah masanya.

Sana sini semakin rancak ceramah perdana sana sini. Semua wakil rakyat dan bakal wakil rakyat yang dulu batang hidung pun yang tidak kelihatan, kini turun bersama rakyat, setiap saat mereka habiskan untuk bersama rakyat. Pelbagai taktik mereka gunakan untuk memancing undi dari rakyat. Janji? Ya, sana sini bertaburan janji ditabur. Tunai belum tentu tertunai.

Perihal YB-YB saya tak mahu cerita, tapi mahu cerita tentang kita rakyat biasa. Saya lihat sana sini dalam laman sosial dan blog tersebar pelbagai tomahan dan fitnah. Kenapa saya katakan semuanya fitnah? Kerana semuanya tiada bukti yang kukuh, tiada usul yang kuat. Kalau dulu cikgu sekolah selalu berpesan kepada murid-muridnya ‘Jangan kerana mulut badan binasa’ sekarang ini saya tukarkan sedikit ‘Jangan kerana tulisan badan merana’. Hentikan tomahan dan fitnah melulu ini, jangan terlalu taksub.

Semoga kita dilindungi dari fitnah
Semoga kita dilindungi dari fitnah

Apa guna kita melakukan tomahan dan fitnah pada orang lain? Untungkah kita berbuat begitu? Berapa Juta Ringgit Malaysia kita dibayar untuk berbuat begitu? Bagi saya langsung tidak menguntungkan, bayangkan satu fitnah kita sebarkan satu dosa tercatit untuk kita, dan satu pahala tercatit untuk orang yang difitnah. Belum lagi orang lain pula menyebarkan lagi apa yang kita fitnahkan. Ingat laman sosial dan blog adalah satu viral, dalam satu saat tulisan itu boleh tersebar ke seluruh dunia. Bayangkan kalau sejuta mempercayai fitnah kita dan apa kita dapat? Tak lain dan tak bukan dosa sahaja. Ingat ‘Jangan kerana tulisan badan merana’, laratkah kita pikul tambahan dosa baru.

Kalau apa yang kita tulis itu bukan fitnah, tapi kebenaran ianya amat bagus dan amat berguna jika ianya bermanafaat. Tapi kalau ianya mengaibkan seseorang sama saja seperti fitnah. Ingat bahaya fitnah itu sama seperti membunuh. Tidak gitu ke saudaraku?

Saya ada terbaca ada seorang insan ini menyatakan ‘seorang pemimpin ini tidak menghafal 30 juzuk al-Quran’. Langsung saya tertanya-tanya siapakah insan yang menulis ini untuk menilai seorang pemimpin itu? Sejauh manakah insan itu mengenal pemimpin tersebut? Adakah insan itu menghafal 30 juzuk al-Quran? wallahualam.

Saya sendiri tidak menghafal 30 juzuk al-Quran. Saya hanya sekadar tahu membaca al-Quran. Dan banyak lagi ilmu mengenai al-Quran dan Islam belum saya pelajari, ilmu saya terlalu cetek. Sebab itu saya tidak ingin menilai sesiapa pun. Diri saya sendiri tidak betul siapalah saya untuk menilai orang lain. Lebih baik saya cerminkan diri, menilai diri sendiri mencari kekurangan diri. Itu yang terbaik bagi saya.

Hentikan tomahan dan fitnah, usah kerana tulisan badan merana. Ayuh kita bersatu dan fokus, usah menyebarkan api perpecahan yang merosakkan bangsa. Walau apapun, fahaman politik kita ayuh kita bersatu. Blogger we’re one.

Ayuh laksanakan tugas kita Ahad ini.

'Ah... Nanti aku buat lah', 'Aku tahulah apa aku nak buat', 'Nanti-nantilah'.... Ini antara alasan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu