Suami Jadi Isteri

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Suami jadi isteri, itu yang saya terbaca dalam akhbar Jumaat lalu. Dilema seorang isteri apabila suaminya tidak bekerja, hanya berharap kepada pendapatan dari Isteri sahaja. Makan pakai dan kelengkapan lain semua isteri yang tanggung. Suami jadi isteri, duduk di rumah menjaga anak.

Mengapa Suami Jadi Isteri?

Di sekeliling saya ada juga yang begini. Entah mengapa, adakah lelaki kini makin suka memilih jalan mudah?

Saya ada juga terdengar cerita dari sahabat saya, lelaki yang memilih perempuan untuk dijadikanĀ  isteri bukan melihat attitudnya tapi melihat kewangan nya. Memilih perempuan yang berkerjaya bagus tetapi diri sendiri tidak pula berusaha memperbaiki diri. Tujuan mereka adalah supaya mereka hidup senang.

Bagi saya memilih isteri berkerjaya memang bagus juga tapi bukan untuk bergantung harap pada isteri. Isteri saya juga wanita berkerjaya.

Suami Jadi Isteri sebab malas
Suami Jadi Isteri sebab malas

Dalam Islam sendiri ada menggariskan adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan makan, minum, pakai, dan keperluan lain untuk keluarga. Tugas suami untuk menyediakan nafkah zahir dan batin. Diulangi nafkah zahir dan batin, bukan zahir sahaja dan bukan batin sahaja. Tapi kombinasi keduanya.

Isteri bekerja adalah satu bonus. Duit gajinya adalah duit mereka sendiri, milik mereka sepenuhnya. Jika isteri membantu keluarga itu satu belas ihsan dari isteri.

Lelaki adalah untuk jadi suami yang memikul tanggungjawab menanggung keluarga. Mencari dan memberi nafkah untuk keluarga adalah beban yang perlu lelaki pikul sebaik sahnya akad nikah. Ada juga mendegar keluhan sebegini ‘Apa aku boleh buat dengan hanya SPM?’. SPM ke SRP ke tak sekolah ke tiada kena mengena dengan kerja, walaupun kerja sebagai seorang tukang cuci pejabat ianya tetap kerja. Bagi saya isunya disini adalah MALAS. Malas untuk berusaha.

Ayuh para lelaki, buangkan sifat MALAS dalam diri. Bangkitlah lelaki jadilah lelaki sejati, suami yang bertanggungjawab. Jangan ada suami jadi isteri lagi.

Jangan malas-malas lagi, jom mulakan jana wang secara pasif atas talian menggunakan teknik SEO Merah Jambu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di