Selamat Mengundi

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Sekarang ini saya dalam perjalanan pulang ke desa. Nyata memang sesak di lebuhraya ramai yang pulang mahu mengundi untuk Pilihanraya. Penuh kereta setakat ini masih lagi lancar tetapi banyak juga road block oleh polis.

Pada semua yang sedang memandu selamat memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi dituju. Hati hati memandu.

Janji ditepati semua keluar mengundi. Ini kalilah kita menentukan wakil rakyat untuk mewakili kita meminpin teraju negara.

5 Mei, tunaikan tanggungjawab anda. Selamat mengundi pada semua. Pilihan di hujung jari kita.

Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku.. Apa khabar semua saudaraku sekalian? Sudah seminggu rasanya
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia

Mood PRU

Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku..

Apa khabar semua saudaraku sekalian? Sudah seminggu rasanya saya tidak menulis dalam daddydee.net. Sudah terabai dek kerana kesibukan kerja dan tugasan offline saya. Tugasan kerja hakiki dan tugasan sebagai bapa dan pelajar membuatkan komitmen saya pada blog ini agak berkurang, insyallah penulisan di sini akan saya teruskan kerana inilah medan perkongsian saya.

Pembubaran Parlimen secara rasmi telah diumumkan. Ini bermakna tidak lama lagi akan berlangsungnya PRU 13. Dan pastinya ramai yang sudah dilanda mood PRU 13. Kalau di lihat dalam media sosial makin ramai yang update pasal perang bendera sana sini. Pasti juga akan lebih banyak ceramah politik sana sini nanti. Mood PRU hanya akan melanda dalam 5 tahun sekali.

Walau apapun jadi, walau apapun fahaman politik kita, jangan sesekali biarkan ianya menghancurkan perpaduan dan keamanan kita. Biarkan kita teguh bersatu. Dengan perpaduan sahaja akan membawa keamanan kepada kita. Membawa kemakmuran kepada kita.

Jangan biarkan orang lain mempengaruhi kita. Saat-saat begini pasti akan ada racun yang ingin menghancurkan perpaduan yang akan disuntik. Jangan biarkan ianya berlaku.

Pasti ramai yang diserang mood PRU yang membara dalam jiwa masing-masing. Tapi biarkan kita terus semangat juga untuk mempertahankan perpaduan masyarakat kita. Itu lebih penting.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini saya dalam perjalanan pulang ke desa.
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia

Pelajar : Belajar atau Berpolitik?

Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut.

Itu yang aku alami dahulu. Dek kerana ayah aku adalah penyokong B, aku sukar untuk mendapat sebarang bantuan. Untuk memohon tandatangan sokongan dari penghulu kampung pun (parti A), aku dihalau buta-buta oleh penghulu tersebut dengan alasan ayah aku penyokong parti lawan. Ayah aku hanya menyokong parti B bukannya ahli KOMUNIS. Ayah aku sama bangsa, sama agama dengan penghulu itu. Dia makan nasi kami pun makan nasi. Tiada bezanya.

Tapi sekarang ini heboh di surat khabar arus perdana, akan keberanian pelajar universiti yang lantang bersuara. Menceburkan bidang dalam politik. Aku respek mereka kerana lantang bersuara dan berani.

Sejujurnya, pada pandangan aku kalau masa belajar sebolehnya elakkan berpolitik. Gunakan sepenuh masa belajar untuk berlajar. Belajar segala benda disekeliling kita.

Jangan sebab kelantangan suara kita dan kegilaan untuk berpolitik menyebabkan pelajaran terjejas. Ingat tujuan kita datang belajar adalah untuk belajar.

Biar orang tua kita di kampung bangga kerana kita berjaya dalam pelajaran. Lepas itu, kalau nak berjaya dalam politik teruskan usaha mu. Pasti kamu akan jaya.

Fikir-fikirkan….

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini saya dalam perjalanan pulang ke desa.
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku.. Apa khabar semua saudaraku sekalian? Sudah seminggu rasanya
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di