Perbezaan Antara Pelaburan Dan Simpanan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah perkara yang sama. Ada yang menganggap duit simpanan itu adalah pelaburan mereka untuk masa depan. Adakah konsep ini betul?

Beza antara pelaburan dan simpanan
Beza antara pelaburan dan simpanan

Jawapan nya adalah tidak betul pemahaman ini kerana Pelaburan dan Simpanan adalah dua perkara yang berbeza. 

Maksud Simpanan dan Pelaburan:

  • Simpanan – wang yang di simpan dalam sesuatu akaun di bank atau di rumah. Biasanya wang yang disimpan ini adalah untuk tujuan tertentu dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan. Satu kaedah terbaik menyimpan adalah dengan menetapkan sesuatu matlamat.
  • Pelaburan – wang yang diletakkan didalam satu sistem pelaburan untuk mendapatkan sesuatu pulangan. Terdapat dua jenis pelaburan iaitu jangka panjang dan jangka pendek. Biasanya duit pelaburan tidak akan diusik sehingga matlamat tercapai. Apabila menyebut pelaburan maka ada risiko disitu iaitu untung atau rugi.

Dari maksud yang saya kongsikan harap para pembaca dapat bezakan antara simpanan dan pelaburan.

Jadi yang manakah pilihan pembaca? Simpanan atau pelaburan?

Insyallah akan banyak lagi akan saya bincangkan dalam entri selepas ini.

Berminat untuk memahami pelaburan Unit Amanah boleh hubungi saya 0182477971-zaidi (call/sms/whatapps) atau emel daddydee.net[at]gmail.com. Insyallah akan saya bantu sebaiknya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai

Hari Ahad Yang Memenatkan…

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Menjadi ‘weekend husband’ sememangnya banyak masa lapang di habiskan dengan keluarga yang tersayang. Jarang sangat ada masa keluar bersama kawan-kawan, rugi juga menjadi ‘weekend husband’ ni. Masa selama 5 hari seminggu tanpa anak isteri dan hanya 2 hari je dapat bersama yang tersayang.

Tapi 26 October 2015, adalah hari Ahad yang memenatkan, saya terpaksa melanggar pantang… hehehe… Terpaksa keluar berjumpa dengan kawan untuk selesaikan 3 perkara:

  1. Post M-Prolabs pada Hari Ahad – Ada seorang pelanggan membuat pesanan M-Prolabs Alpha Capsule pada hari Sabtu malam dan meminta saya melakukan pengeposan segera. Alhamdulillah, pengeposan dapat dilakukan kerana PosLaju Brickfields beroperasi pada hari Ahad. Memang amat membantu peniaga online seperti saya apabila PosLaju tetap beroperasi pada hari Ahad hingga jam 4 petang. Dan pada entri ini di tulis pelanggan telah nyatakan yang M-Prolabs telah diterima.
  2. Proposal Perangcangan Senggaraan Bangunan – Bertemu dengan seorang kawan lama yang sedang menyiapkan kertas kerja cadangan penyelenggaraan bangunan. Perbincangan hampir 2 jam. Jadi bidang terjun untuk advise beberapa isu on teknikal part bukan satu benda yang boleh dipandang remeh. Dan banyak isu yang perlu di berikan perhatian. Malaysian mind set – Build a million dollar building and never think on maintenance.(nanti saya cerita dalam entri yang lain). Syukur alhamdulillah pertemuan pertama menampakkan laluan yang cerah harap semuanya jadi nyata.
  3. Bersama Client Unit Trust – Nak kata bersama pelanggan baru pun tidak juga, kerana sepatutnya pertemuan ini telah lama berlangsung tapi dek kerana client cuti bersalin pertemuan ditangguhkan. Alhamdulillah dapat client yang mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Client berhasrat mengeluarkan simpanan KWSP untuk dilaburkan dalam Unit Trust. Next, insyallah pelaburan tunai. Semoga semuanya lancar.
Hari Ahad yang Memenatkan - Packing M-Prolabs bersama Gift
Hari Ahad yang Memenatkan – Packing M-Prolabs bersama Gift

Hari Ahad yang memenatkan tapi penuh matlamat dan memberi impaks positif dalam hidup saya. Syukur alhamdulillah.

Saya tidak mengharapkan hari yang sibuk tapi mengharapkan hari yang sukses.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai

Perancangan Kewangan : Kirakan Setiap Sen Yang Keluar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda
Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda

Hari ini saya ingin sambung lagi soal Perancangan Kewangan yang pernah saya tulis dulu. Tips pertama telah saya berikan kini saya ingin kongsikan Tips Kedua iaitu Kirakan Setiap Sen Yang Keluar.

Memang kalau kita lihat tips ini seperti orang kedekut atau tahi hidung masing atau tangkai jering. Tapi sebenarnya tidak, ini adalah langkah paling penting dan mujarab iaitu dengan mengira setiap sen yang keluar. Kerana walaupun 1 sen yang keluar tetap duit.

Dengan merekodkan setiap perbelanjaan kita, kita akan dapat mengenalpasti yang manakah perbelanjaan yang tidak perlu dan yang manakah yang perlu. Dengan langkah ini, kita dapat mengeluarkan atau mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup kita.

Saya sendiri ada perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup dahulu seperti membeli komik-komik kegemaran seperti Pendekar Laut, Juara Wira, Alam Perwira, Senjata Misteri dan lain-lain. Saya dulu adalah kaki komik juga, dan hampir kesemua koleksi komik diatas ada dalam simpanan saya dulu tapi kesemuanya saya sudah bakar. Kenapa saya bakar? Sebab saya nak tamankan zaman komik beralih kepada buku dan ebook.

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket - 2
Jangan biarkan duit keluar tanpa dihitung

Untuk komik, saya berbelanja lebih kurang RM 3.00 seminggu untuk satu komik. Komik terbit seminggu sekali maknanya lebih kurang RM 12.00 sebulan untuk komik yang dibaca selama 5 minit, untuk setahun pula saya berbelanja RM 144.00 setahun. RM 144.00 mungkin satu nilai kecil bagi sesetengah orang tapi kalau lima buah komik saya beli serentak adalah RM 720.00 setahun duit saya habiskan untuk beli komik.

Bayangkan kalau RM 720.00 saya laburkan untuk penambahan unit amanah saya. Kalau untuk 10 tahun saya buat penambahan unit amanah dengan nilai kosisten sebanyak RM 720.00, bermakna saya sudah laburkan RM 7,200.00. Itu nilai yang belum di kira dengan pulangan. Katakan pulangan minimanya adalah 10% setahun? Kirakanlah nilai pulangannya.

Laburkan duit untuk SEO dengan Kitab SEO Merah Jambu
Laburkan duit untuk Ilmu Pelaburan Saham

Sekurangnya duit untuk anak saya daftar masuk universiti telah ada nanti. Bukan begitu? Cuba kirakan untuk kos-kos perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup anda pula seperti rokok.

Jika anda tidak ingin melabur, mungkin dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tidak perlu anda akan mampu membeli barangan impian seperti:

  • Anda boleh membeli laptop seperti Imac, Alienware secara tunai
  • Anda boleh membeli beg tangan PRADA, LV atau Gucci
  • Anda boleh melancong ke Paris, London, New York
  • Anda boleh tunaikan haji dan umrah
  • Anda boleh membeli theme wordpress yang hebat untuk blog anda
  • Lain-lain lagi anda senaraikan barang impian anda….
Quote hebat dari Warren Buffet
Quote hebat dari Warren Buffet

Caranya mudah saja sebenarnya, gunakan buku atau excell. Sediakan kolumn meingukut bulan, dan senaraikan perbelanjaan tetap. Sediakan ruang untuk perbelanjaan yang diluar jangkaan seperti kereta rosak, baiki rumah dan lain-lain. Senaraikan setiap perbelanjaan dan kos nya. Atau anda boleh gunakan apa kaedah sekalipun yang penting anda harus mengira setiap sen yang keluar dari poket anda.

Ini bukan untuk menilai anda perbelanjaan tapi untuk menjejaki perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan anda.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai

Perancangan Kewangan : Tetapkan Matlamat Kewangan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam pengurusan kewangan kita juga perlu tetapkan matlamat kewangan. Tetapkan matlamat kewangan diletakkan sebagai tips utama dalam perancangan kewangan kerana dalam apa-apa hal yang kita lakukan kita perlu ada matlamat dan tujuan, sama juga dalam perancangan kewangan.

Tetapkan matlamat kewangan
Tetapkan matlamat kewangan

Tetapkan satu matlamat yang jelas yang ingin kita capai. Sebagai contoh dalam 5 tahun lagi saya ingin memiliki sebuah rumah banglo 2 tingkat. Matlamat kita adalah mengumpul dana untuk memiliki banglo 2 tingkat. Jadi kita akan bekerja keras dan berusaha untuk mencapainya.

Ada juga yang bermatlamat untuk bebas dari segala hutang yang ada. Mungkin hari ini mereka dibelengu masalah hutang seperti hutang peribadi atau kad kredit. Jadi matlamatnya adalah untuk bebas dari masalah hutang dan kewangan.

Sebolehnya tetapkan satu matlamat yang bersifat peribadi yang akan memberi kesan yang mendalam dalam diri kita yang memberi kita satu kepuasan. Dengan cara ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dan mencapai apa yang kita impikan.

Disiplin menyimpan dan menabung merupakan satu perkara yang sukar sebenarnya terutama bagi orang seperti saya, itulah sebabnya kita perlu tetapkan matlamat yang jelas. Bila sudah ada matlamat baru kita boleh merangka stategi seterusnya.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai

Apakah Itu Unit Trust?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai orang diluar sana akan mula goyang dan takut, menunjukkan respon kurang berminat. Dan pelbagai persoalan akan diajukan antaranya:

  1. Betul boleh untung ke?
  2. Kau boleh jamin yang semua ini tidak akan rugi?
  3. Sudah terbukti ke keberkesanannya?

Itu adalah antara soalan yang biasa akan menerjah ke telinga apabila saya menyebut berkenaan Unit Amanah. Dan ramai juga yang akan bertanya apa sebenarnya Unit Trust / Unit Amanah ni? Lalu saya bertanya kembali ada melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) tak? Dan dijawabnya ‘Ada’.

Ini bermaksud ramai pelabur di luar sana tidak faham apa itu ASB tapi tetap melabur dalam ASB. Ini kerana sepatutnya apabila kita melabur dalam ASB, kita sepatutnya sudah memahami erti unit amanah itu kerana ASB adalah salah satu dari beratus dana unit amanah di luar sana.

Maksud Unit Amanah

Unit Trust atau Unit Amanah adalah merupakan skim pelaburan terkumpul yang menggabungkan dana pelabur yang mempunyai matlamat yang sama, dalam sebuah ‘amanah’ yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Q : Mengapa ramai dikalangan kita berani melabur dalam ASB tapi tidak ramai memilih untuk melabur dalam unit amanah?

A : Pada pendapat saya, adalah kerana kita tidak di dedahkan dengan ilmu tentang unit amanah ini. Tapi kita sering mendengar ramai yang berbual tentang bagusnya ASB. Dan rasanya hampir tiada orang yang berbual tentang bagusnya unit amanah.

Q : Betul ke wang yang dilaburkan dalam unit amanah tidak boleh dikeluarkan?

A : Tidak, wang pelaburan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi ingat matlamat pelaburan asal unit amanah adalah untuk jangka panjang iaitu sekurangnya 3-5 tahun. Namun begitu, duit pelaburan tetap boleh dikeluarkan sebelum tempoh itu, tetapi mungkin pulangannya kurang. Pelaburan unit amanah dikenakan caj perkhidmatan pada awal pelaburan.

Q : Apa lebihnya Unit Amanah berbanding dengan Emas, Fix Deposit ataupun ASB?

A : Semua pelaburan di atas adalah bagus dan masing masing ada pro dan cons dia. Setiap pelaburan mempunyai risikonya dan terpulang pada matlamat pelaburan kita. Yang penting kaji, labur dan nikmati hasilnya. Tepuklah dada tanyalah selera.

Harapnya perkongsian saya pada kali ini dapat menjelaskan kepada saudara sekalian tentang apa itu unit amanah /  unit trust. Sekiranya ada persoalan atau perkongsian pendapat boleh dikemukakan, insyallah kita berbincang.

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam