UPSR Dapat Mini

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Telah lama saya impikan kejayaan. Berjaya mendapat semua A dalam UPSR adalah impian saya. Menjadi salah seorang pelajar yang mendapat semua A dalam UPSR di Kelantan. Biar ma abah bangga sikit.

‘Kalau saya dapat semua A, dapat apa abah?’ tanya saya pada abah masa abah tengah minum biskut cicah air teh kegemarannya.

‘Mu nak gapo?’ (Apa kau mahu?) tanya abah saya.

‘Nak kereta mini abah.’ jawab saya dengan muka tersengih cam kerang busuk mengharapkan jawapan dari abah. Abah hanya mengangguk. Gembira hati tak terhingga.

Jujur semasa jawab soalan UPSR saya jawab bersungguh-sungguh dan tawakal. Dalam otak saya hanya fikir berjaya dalam UPSR dapat mini. Wah memang best.

Hari di tunggu sudah tiba, saya kayuh basikal dengan senyum kambing. Dalam kepala hanya ingatkan kereta mini. Indahnya kalau dapat kereta impian.

UPSR dapat Mini
UPSR dapat Mini

‘Wowwww’ jerit saya sebaik saja dapat keputusan UPSR. Gembira sangat hati ini. Hebat.

Sampai saja dirumah saya terus mencari abah sambil terlompat-lompat. Tapi hampa abah tiada di rumah. Mesti abah dah lari dari nak beri hadiah. Abah memang banyak akal. Kecewa.

Baru nak merajuk dengan abah tiba-tiba ada suara dari belakang. ‘Hah….’ suara abah sambil beri satu bungkusan.

‘Dapat 3A abah’ saya sambung lagi. ‘Boleh hadiah juga?’

Bukan A abah ukur tapi usaha yang dah buat. Belajar bersungguh tu dah cukup. Abah tau mu dah buat yang terbaik. Ambillah. Jangan putus asa.’ Jawapan yang lembut tapi amat padu dari seorang abah.

Saya amat gembira sesesangat kerana dengan keputusan UPSR dapat mini 4wd impian saya selama ini. Lepas ini saya boleh lumba dengan kawan kawan. Walaupun hanya sebuah Audley ianya amat bernilai bagi saya.

Terima kasih abah.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah
Seorang nelayan di botnya sedang menjala ikan di sungai terlihat seorang lelaki di tepi sungai