Tahniah Adik Adik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah adik adik yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun 2014. Tahniah juga buat ibu bapa dan para guru-guru yang berjaya mendidik adik adik ini sehingga berjaya.

Tahniah adik adik
UPSR Tahniah Buat Semua

Kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Kejayaan adik adik yang belajar bersungguh sungguh tanpa jemu. Kejayaan ibu bapa yang membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang. Kejayaan guru yang tanpa jemu memberikan ilmu.

Yang paling tersenyum riang sudah pasti ibu bapa kan? Melihat anak mereka berjaya. Begitu juga saya sebagai seorang ayah, ingin sekali melihat anak saya berjaya suatu hari nanti. Ini bukan harapan saya seorang tapi semua ayah di dunia mahukannya.

iklan: Anak Pintar Cerdas

Tahniah adik adik yang telah menduduki UPSR 2014. Yang tidak mendapat keputusan cemerlang, jangan kecewa ini bukan pengahir cerita tapi permulaan. Teruskan langkah jangan layu, pasti ada kejayaan buat adik adik nanti. Hari ini mungkin bukan rezeki kita tapi esok siapa tahu?

Ingat tuntut ilmu jangan pernah jemu.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Telah lama saya impikan kejayaan. Berjaya mendapat semua
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah

UPSR Dapat Mini

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Telah lama saya impikan kejayaan. Berjaya mendapat semua A dalam UPSR adalah impian saya. Menjadi salah seorang pelajar yang mendapat semua A dalam UPSR di Kelantan. Biar ma abah bangga sikit.

‘Kalau saya dapat semua A, dapat apa abah?’ tanya saya pada abah masa abah tengah minum biskut cicah air teh kegemarannya.

‘Mu nak gapo?’ (Apa kau mahu?) tanya abah saya.

‘Nak kereta mini abah.’ jawab saya dengan muka tersengih cam kerang busuk mengharapkan jawapan dari abah. Abah hanya mengangguk. Gembira hati tak terhingga.

Jujur semasa jawab soalan UPSR saya jawab bersungguh-sungguh dan tawakal. Dalam otak saya hanya fikir berjaya dalam UPSR dapat mini. Wah memang best.

Hari di tunggu sudah tiba, saya kayuh basikal dengan senyum kambing. Dalam kepala hanya ingatkan kereta mini. Indahnya kalau dapat kereta impian.

UPSR dapat Mini
UPSR dapat Mini

‘Wowwww’ jerit saya sebaik saja dapat keputusan UPSR. Gembira sangat hati ini. Hebat.

Sampai saja dirumah saya terus mencari abah sambil terlompat-lompat. Tapi hampa abah tiada di rumah. Mesti abah dah lari dari nak beri hadiah. Abah memang banyak akal. Kecewa.

Baru nak merajuk dengan abah tiba-tiba ada suara dari belakang. ‘Hah….’ suara abah sambil beri satu bungkusan.

‘Dapat 3A abah’ saya sambung lagi. ‘Boleh hadiah juga?’

Bukan A abah ukur tapi usaha yang dah buat. Belajar bersungguh tu dah cukup. Abah tau mu dah buat yang terbaik. Ambillah. Jangan putus asa.’ Jawapan yang lembut tapi amat padu dari seorang abah.

Saya amat gembira sesesangat kerana dengan keputusan UPSR dapat mini 4wd impian saya selama ini. Lepas ini saya boleh lumba dengan kawan kawan. Walaupun hanya sebuah Audley ianya amat bernilai bagi saya.

Terima kasih abah.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah
Seorang nelayan di botnya sedang menjala ikan di sungai terlihat seorang lelaki di tepi sungai

Tahniah Pada Semua Adik-Adik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Keputusan UPSR

Tahniah pada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan UPSR yang keluar semalam. Kalian semua telah berjaya. Tahniah sekali lagi walau apapun keputusan yang adik-adik terima terima dengan hati yang terbuka kerana saya pasti adik semua telah melakukan yang terbaik.

Tidak berjaya mendapat 5A dalam UPSR bukan kerana adik bodoh, bukan kerana adik gagal. Tapi mungkin adik hanya tidak bernasib baik sahaja. 5A bukanlah pengukur kejayaan kerana perjalanan kita masih panjang. Tidak mendapat 5A bukan bermakna adik-adik tidak akan berjaya dalam hidup. Teruskan berusaha. Ini semua hanya permulaan.

Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Pada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang (5A) yang berminat untuk meneruskan pelajaran di MRSM bolehlah mendapatkan no pin MRSM di Pejabat-Pejabat MARA yang berdekatan mulai semalam.

Kemasukan MRSM
Kemasukan MRSM

 

Tuntutlah Ilmu

Adik-adik tuntutlah ilmu sehingga akhir nyawa dan jangan sesekali jemu menuntut ilmu.

Terus berusaha,

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah adik adik yang telah berjaya mendapat keputusan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Telah lama saya impikan kejayaan. Berjaya mendapat semua
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah

Kemasukan Ke MRSM – Pengambilan No Pin

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah tentu menjadi impian semua pelajar dan ibu bapa untuk menempatkan anak mereka di sekolah asrama penuh ataupun Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Peluang bukan selalu datang, rebut saja jika berpeluang, betul tak?

MRSM
MRSM

Untuk makluman, para pelajar, ibu bapa semua, Pengambilan No PIN bagi kemasukan ke MRSM bagi lepasan PMR bermula pada Oktober ini dengan menggunakan keputusan percubaan PMR. Manakala, pengambilan no PIN bagi lepasan UPSR adalah sebaik saja keputusan UPSR diumumkan nanti menggunakan keputusan UPSR. Pengambilan no PIN boleh dilakukan di Pejabat MARA yang berdekatan.

Sekadar perkongsian maklumat yang saya dengar. Maklumat terkini akan saya ‘update’ kemudian.

Semoga kita tidak lepas peluang keemasan untuk direbuti.

Sekian, terima kasih.

PS: Dari pengalaman saya memang tak rugi masuk MRSM. Jadi rebutlah peluang ini, banyak manafaat bagi anak-anak kita.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah adik adik yang telah berjaya mendapat keputusan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Telah lama saya impikan kejayaan. Berjaya mendapat semua
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di