Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…
Günther Krabbenhöft, datuk Hipster yang berjiwa muda. Netizens percaya usia datuk ini hampir berusia 110 tahun namun hakikatnya usia nya baru menghampiri 70 tahun. Tapi apapun dari segi gayanya memang tampak yang jiwanya lebih muda dari itu.
Jom berkenalan dengan Günther Krabbenhöft, datuk Hipster yang berjiwa muda
Imej dan penampilan memang penting kerana ia menggambarkan bagaimana dalam diri kita. Bukan usia yang menentukan segalanya tapi jiwa dan raga kita.
Saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimanakah akan saya kelihatan pada usia 70-an nanti? Adakah sempat saya tempuhi usia sebegitu?

Apapun, saya hanya harapkan saya masih mampu hidup bahagia di sisi keluarga yang tersayang sehingga akhir hayat saya. Mahu melihat anak-anak saya membesar sihat dan berjaya.
Kunci kegembiraan dan kebahgiaan saya adalah keluarga saya. Itu keutamaan saya.
Hidup ini terlalu singkat – hargai setiap masa yang ada untuk kerja dunia dan akhirat.