Arsenal Menang Lagi

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal di taktha liga. Semalam Arsenal telah menang 2-0 keatas Southampton dengan 2 gol yang dihasilkan oleh penjaring profilik Arsenal, Oliver Giroud. Dengan kemenangan ini Arsenal kekal di taktha liga dengan 4 mata dihadapan pencabar terdekat iaitu Liverpool.

Gol pertama terhasil dek kesilapan pemain Southampton melakukan back pass kepada Boruc dan pantas bola dirampas oleh Oliver Giroud dari kaki Boruc. Manakala gol kedua adalah hasil dari sepakan penalti.

Pejaring Arsenal Oliver Giroud
Pejaring Arsenal Oliver Giroud mengelecek Boruc
Mesut Ozil
Mesut Ozil
Arsenal menang lagi : wajah lagenda Arsenal
Arsenal menang lagi : wajah lagenda Arsenal

Ramai yang kata alah lawan Southampton boleh lah? Tapi pasti ramai yang tidak lupa kerana Southampton adalah kelab kecil yang telah mengejutkan kelab gergasi pada musim ini iaitu Manchester United dan Liverpool dalam perlawanan liga.

Apapun, terima kasih juga kepada Liverpool kerana sekadar seri 3 sama dengan Everton yang memberikan Arsenal lebih ruang di taktha liga. Game Liverpool dan Everton semalam amat best, perlawanan musuh tradisi setempat yang pasti tidak akan dilepaskan oleh kedua-dua peminat pasukan ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua saudaraku... Selepas kekalahan 3-1 kepada Aston Villa pada minggu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad