Keputusan Maharaja Lawak Mega 2012 Final

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Barisan Peserta Maharaja Lawak Mega 2012 Final
Barisan Peserta Maharaja Lawak Mega 2012 Final – sumber Astrogempak

Sebentar tadi telah tamatnya Maharaja Lawak Mega 2012 Final. Peserta bagi Maharaja Lawak Mega 2012 Final adalah Jozan, Shiro, Boboi, Jambu dan SayWho. Tumpuan saya sudah pasti kepada Jambu, Jozan dan Shiro. Tidak kurang SayWho yang turut mencuri perhatian, pelawak Indonesia yang berjaya memikat hati dengan mengkaji market lawak di Malaysia.

Persembahan dimulakan dengan Jozan, yang pada mulanya disangkakan Zizan akan berseorangan. Dan nyata satu kejutan berlaku apabila Johan muncul walaupun masih belum sihat sepenuhnya. Saya doakan agar Johan cepat sembuh.

Persembahan Shiro yang bersahaja dengan mengambil konsep tanah kubur dan Pak Adi juga tidak kurang hebatnya. Memang mantap persembahan mereka walaupun satu nama baru, nyata mereka datang dengan ekperimentasi yang menarik dan mencuit hati.

Selepas itu, diikuti oleh Boboi yang memaparkan konsep opera Cina mengenai Hang Li Po. Dan diikuti Jambu yang tampil bersahaja mengenakan konsep penyampaian award. Walaupun bersahaja, Jambu yang sentiasa tampil dengan kelainan sememangnya mencuri tumpuan dan saya nantikan. Tapi kali ini, agak kurang menyengat persembahan dari Jambu.

Kemudian, diikuti oleh SayWho yang tampil dengan cerita Dr Romzey. Paling menarik sudah pasti si Bochil.

Di ikuti dengan tema muzikal, Jozan yang memaparkan konsep radio agak menarik dengan Johan menyanyikan lagu dalam bahasa Tamil dan Cina. Memang best persembahan dari Jozan. Kemudiannya, diikuti Shiro, Boboi, Jambu dan SayWho. Bila muzikal pastilah lagu akan jadi carca merba dikerjakan oleh pelawak-pelawak ini.


Pemenang Maharaja Lawak Mega 2012 Final
Pemenang Maharaja Lawak Mega 2012 Final

Keputusan Maharaja Lawak Mega 2012 Final adalah :

  1. Jozan – RM 500,000
  2. Jambu – RM 240,000
  3. Shiro – RM 150,000
  4. Boboi – RM 50,000
  5. Saywho – RM 15,000

Tahniah buat semua pemenang Maharaja Lawak Mega 2012 Final. Tahniah.

PS: Dapat setengah juta tu.

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia