10 Cara Habiskan Masa Malam Bagi Weekend Husband

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

10 Cara Habiskan Masa Malam Bagi Weekend Husband
10 Cara Habiskan Masa Malam Bagi Weekend Husband

Pejam celik pejam celik sudah 6 bulan saya jadi ‘weekend husband’. 6 bulan juga saya duduk panjat Bas setiap Jumaat dan Ahad. Penat memang tak usah cerita. Memang penat.

Dari Bulan Restu, Transmasional, Plusliner dan One Express semua saya dah panjat. Dah macam pelanggan tetap.

Hari ini saya nak kongsikan ’10 cara menghabiskan masa malam sebagai weekend husband’.

’10 cara menghabiskan masa malam sebagai weekend husband’:

  • Lepak dengan kawan-kawan – ini salah satu cara habiskan waktu malam tapi saya elakkan kawan satu pejabat. Saya lebih pilih untuk lepak dengab kawan lama atau kawan baru kenal. Saya lebih memilih kawan yang minat nak bertukar pendapat dan pandangan terutama yang ada minat yang sama. Bukan tak mahu bual kosong tapi lebih baik bermatlamat.
  • Tonton TV – dulu suka juga melangak depan tv dari lepas maghrib sampai jam 12 malam. Yang paling saya minat sekaeang ialah CSI:Cyber. Tapi asyik dengan tv bosan juga.
  • Solat Berjemaah – saya bukan seorang yang alim. Saya cuma manusia biasa, Hamba Allah swt seperti kalian yang merantau di dunia ini. Sesiapa yang kenal saya tahu saya bagaimana. Solat berjemaah membantu menghilangkan stress dan menenangkan jiwa. Tak percaya boleh cuba. Wudhuk, Solat dan Zikir itu kunci Ketenangan.
  • Baca buku – ini adalah antara teman setia saya sejak menjadi weekend husband. Memang tak ada satu huku pun lagi saya habis sepanjang tempoh ini. Sebab saya bukan menelaah tqpi saya baca secara santai yang mana sesuai dengan saya pada ketika itu. Bilik saya dah macam mini library.

Kitab SEO Terhebat – Dapatkan hari ini.

  • Belajar masak – masak bukan untuk perempuan saja tau, lelaki pun boleh masak dan hebat memasak. Tak percaya cubalah. Tak rugi belajar masak. Jika dulu ‘Nak memikat suami, pikatlah perutnya’, saya nak ubah mentaliti ini kepada ‘Kalau mahu tawan Isteri dan Mertua, tawanlah selera mereka’.
  • Menulis buku – ini juga aktiviti baru buat saya. Jika dulu hanya blog dan sosial media kini saya cuba formalkan idea idea saya ke sebuah naskah. Hal ini masih dalam peringkat projek.
  • Membaca Al Quran – weekend husband masa terluang makin banyak jadi saya ambil sedikit masa untuk ubati hati dan rohani saya.
  • Berblog – walaupun menulis di blog memang hobby saya tapi sukar sekarang ini untuk saya secara kosisten update blog ini dan blog lain. Sebab penyakit Malas dan Malaas. Insyallah cuba mencari momentum terbaik untuk kembali kosistenkan diri.
  • Bersenam – ini adalah aktiviti baru saya – bersenam di Gym. Baru tak baru jika dulu hanya saya buat setiap.weekend kini saya jadikan aktiviti ini sebagai rutin saya. Saya cuba kekalkan kosistensi saya untuk habiskan sekurangnya 1 jam untuk workout di gym. Kenapa Gym? Nanti saya ceritakan.

  • Berniaga – malam masa saya dah terluang jadi saya penuhi masa itu untuk perniagaan saya. Malamlah masanya saya COD barang dengan pelanggan saya. Sesiapa yang sekitar Kuantan nak dapatkan baju Superheroes Original, nak dapatkan M-Prolabs Alpha Capsule (FB: MAH Shopz), yang nak dapatkan khidmat nasihat kewangan (Unit Trust) serta khidmat nasihat kejuruteraan terutama untuk menang sebutharga boleh personally whatapps ke 0182477971 (zaidi). Insyallah saya cuba membantu.
Berminat dapatkan M-Prolabs Alpha Capsule boleh hubungi 0182477971. COD Kuantan.
Berminat dapatkan M-Prolabs Alpha Capsule boleh hubungi 0182477971. COD Kuantan.

Itu adalah antara aktiviti saya buat masa sekarang. Jika ada kekawan sekitar Kuantan yang ada projek NGO yang hebat dan perlukan tenaga, boleh hubungi saya. Insyallah saya sedia bersama.

Hidup ini terlalu singkat untuk biarkan masa itu berlalu begitu saja. Do the best.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Putera dan Puteri yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sememangnya prestasi saya pada 2015 memang teruk dan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Masih tercari-cari produk kesihatan yang sesuai untuk kaum
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di

Cabaran Seorang Weekend Husband

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Putera dan Puteri yang dirindui selalu oleh seorang Weekend Husband
Putera dan Puteri yang dirindui selalu oleh seorang Weekend Husband

Hidup sebagai seorang ‘Weekend Husband’ bukanlah sesuatu yang menyeronokkan dan mengembirakan, sememangnya kalau mahu saya pun tak mahu jadi ‘Weekend Husband’. Nampak seronok dan ringan, hakikatnya tidak langsung.Tidak menceriakan bagi saya.

Jika dulu pulang ke rumah ada suara Abang Haiqal yang menyambut ku pulang, ‘Papa dah balik?’ ayat biasa abang Haiqal. Tiada lagi kopi O ais setiap kali pulang ke rumah. Tiada lagi dapat melayan kerenah ligat Adik Afina setiap malam, dan melayan Abang Haiqal dengan mainannya.

Sunyi…. Memang sepi.

Jika dulu membujang lain, panjang saja langkahnya. Tapi kini membujang lain, bukan langkah tidak boleh panjang tapi tidak seligat dulu. Rindu pada isteri dan anak-anak lebih menebal. Sekarang ini bila membujang terpaksa penuhkan masa malam dengan aktiviti agar terubat sunyi. Telefon penghubung ubati rindu.

Memikirkan Isteri tersayang yang menjadi SUPERMOM – do it everything all alone. Sayu kekadang memikirkan tidak mampu melaksanakan tugasan seorang suami seperti dulu. Tidak dapat bersama permaisuri hati dan putera dan puteri.

Weekend saya memang dipenuhkan dengan aktiviti dengan keluarga. Terutama anak-anak. Masa weekend adalah masa untuk eratkan hubungan anak dan bapa.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia