Jangan Pilih YES Broadband

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Saya adalah pengguna YES Broadband hampir setahun 3 bulan saya menggunakan YES. Nasihat saya jangan pilih YES Broadband dan jangan masuk dalam jerat mereka.

Jangan Pilih YES Broadband
Jangan Pilih YES Broadband

Selama setahun saya boleh katakan servis mereka terbaik tapi apabila selepas setahun saya ditawarkan penambahan quota dari 1.5Gb kepada 3.0Gb. Quota dua kali ganda tapi cepat saja habis walaupun cara penggunaan saya sama saja. Bila cecah quota capaian internet memang amat slow. Untuk pengetahuan saya tiada layari youtube dan juga download. Malah update aplikasi komputer juga saya gunakan WIFI percuma.

Tadi saya telah berhajat untuk menamatkan akaun YES saya. Apa yang mengejutkan saya adalah saya tidak dibenarkan mematikan akaun kerana saya masih lagi dalam kontrak. Dan untuk menamatkan juga saya bukan saja perlu membayar denda penamatan tapi juga bayaran nilai baki kontrak. Baki kontrak saya adalah 10 bulan saya perlu membayar RM48 x 10 bulan = RM480. RM480 perlu ditambah dengan caj penamatan. Bayangkan berapa nilai perlu dibayar?

Saya perhatikan dalam klausa tiada term itu dinyatakan tapi dilaksanakan. Saya pernah dahulu menamatkan awal khidmat internet Maxis tapi saya hanya dikenakan caj denda penamatan awal saja. Tidak perlu membayar baki kontrak. YES memang cekik darah.

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah no ic yang digunakan adalah bukan no ic saya. No ic orang lain diguna pakai oleh kakitangan YES untuk mendaftar akaun saya. Saya baru tahu tadi mereka menyatakan hal ini dilakukan kerana mereka mahukan sales.  Perbuatan ini memang saya tidak boleh terima dan saya akan membuat laporan polis dan SKMM isu ini.

Bagi saya apa yang dilakukan oleh Pihak YES memang tidak beretika, no ic orang lain diguna pakai untuk akaun saya. Memang suatu yang tidak dapat saya terima.

Bagi yang sedang menimbang untuk mengambil broadband nasihat saya lupakan YES dalam senarai pendek saudara. Jangan jadi mangsa seperti saya.

Posted from WordPress for Android

Assaalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya sudah menjadi pelanggan YES internet hampir setahun
Tahniah buat pasukan Harimau Malaya dalam KL 2017. Walaupun tewas pada Thailand dengan 1-0. Kalian
"Abg, sy biasa dengar beberapa pantang larang dalam hutan..macam jgn kencing merata-rata, jgn bercakap besar
Chelsea bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan dengan Real Madrid telah bersetuju untuk lepaskan Alvaro Morata.